Perbandingan sebagai Strategi Retorik dalam Iklan Radio
Comparison as a Rhetorical Strategy in Radio Advertising
Keywords:
strategi retorik, perbandingan, iklan radio, rhetorical strategies, comparison, radio adsAbstract
Kajian ini dilakukan untuk melihat bagaimana unsur perbandingan dalam ungkapan darjah penghabisan, tingkat ketiadaan, tingkat kelebihan, dan tingkat kesangatan yang merupakan salah satu daripada daya cipta bahasa untuk mencapai matlamat retorik dimanipulasikan oleh pengiklan dalam iklan radio. Iklan yang memanipulasikan unsur perbandingan itu juga turut ditinjau sama ada memenuhi Prinsip Kesopanan Leech atau tidak. Korpus iklan berdasarkan rakaman audio menjadi bahan untuk kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan pengiklan bijak memanipulasikan unsur perbandingan dengan memilih kata dan frasa yang kabur, mengelirukan dan membuatkan pendengar tertanya-tanya tentang maksud pengiklan sebagai strategi pengiklan untuk menarik perhatian pendengar. Terdapat empat daripada enam maksim yang digariskan oleh Leech dalam Prinsip Kesopanan diterapkan oleh pengiklan, iaitu Maksim Sokongan, Maksim Santun, Maksim Persetujuan dan Maksim Kedermawanan dalam iklan-iklan yang disiarkan.
The study was carried out to see how the elements of comparison in the expression of degrees depletion, absence levels, the level of excess, and excessive levels, which is one rather than creative language to achieve rhetorical aim manipulated by advertisers in radio advertising . Ads that manipulate elements of comparison it also be reviewed either its meet Politeness Principle forwarded by Leech or not. To gather the data, ads on air recorded and selected based on it’s relativity in objective assessment. The data have been cited descriptively. This study shows the advertisers manipulate the elements of comparison by choosing words and phrases are vague, confusing and make the listener wonders about the purpose of the advertiser as advertisers strategy to attract listeners.