Unsur Eufemisme dalam Melunas Rindu dan Renyah

Eufemisme Elements in Melunas Rindu dan Renyah

Authors

  • Siti Saniah Abu Bakar
  • Noor Hatini Zolk

Keywords:

eufemisme, KOMSAS, novel, Melunas Rindu, Renyah, euphemism

Abstract

Kertas kerja ini membandingkan penggunaan unsur eufemisme dalam novel Komponen Sastera Bahasa Melayu (KOMSAS) Tingkatan Empat, iaitu Melunas Rindu dan Renyah. Novel yang bertajuk Melunas Rindu digunakan di sekolah-sekolah di negeri Johor, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala novel Renyah pula digunakan di sekolah-sekolah di negeri Melaka, Pahang, Terengganu, dan Kelantan. Kajian ini menggunakan dua kaedah untuk memperoleh data, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak penggunaan unsur eufemisme dalam kedua-dua buah novel yang dikaji tetapi unsur eufemisme paling kerap digunakan oleh penulis novel Melunas Rindu, iaitu Hartini Hamzah. Sebanyak 36 unsur kesemuanya atau sebanyak 60%. Penulis novel Renyah, iaitu Gunawan Mahmood hanya menggunakan 26 unsur eufemisme dalam teks novel tersebut, iaitu sebanyak 40% sahaja. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat sebanyak 7 unsur eufemisme yang menepati Prinsip Kesopanan Leech (1993) dalam novel Renyah, manakala novel Melunas Rindu didapati mengandungi 17 unsur eufemisme yang menepati Teori Leech tersebut. Pengkaji mencadangkan supaya penggunaan unsur eufemisme lebih diberi perhatian oleh guru, pelajar dan penulis novel, khususnya novel yang bertujuan ilmiah. Hal ini demikian kerana unsur eufemisme ialah bahasa sopan yang bersesuaian dengan peringkat umur pelajar dan penggunaan unsur eufemisme dalam kehidupan seharian dapat melahirkan pelajar dan masyarakat yang lebih positif serta santun dalam pemilihan bahasanya.

 

This paper compares the use of euphemism elements in the Form Four Malay Literature Component (KOMSAS) especially in two novels: Melunas Rindu and Renyah. The first novel entitled Melunas Rindu is used in schools in the states of Johor, Sabah, Sarawak and Labuan. While the second novel Renyah is used in schools in the states of Melaka, Pahang, Terengganu and Kelantan. This study employs two methods to obtain data: literature searches and text analysis method. The study showed that there is a lot of use of euphemisms in both novels but the most frequently used elements of euphemism is deployed by the author of the novel Melunas Rindu, Hartini Hamzah. There are a total of 36 elements in a whole or in about 60%. The novelist of Renyah, Gunawan Mahmood only used 26 elements of euphemism in the text of the novel which is also equivalent to 40%. The study also found that there are seven items that meet the Leech’s Politeness Principles (1993) in the novel Renyah whereas the novel Melunas Rindu euphemism is found to contain about 17 elements that meet the Leech theory. Researchers suggested that the use of euphemism elements should be given more attention by the teachers, students and novelists especially those who seeks for scientific novels. This is because the elements of euphemism is the polite language in which it is appropriate to students’ ages and thus the use of euphemism elements in daily life can produce more positive and polite students and community in doing the language selection.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

Siti Saniah Abu Bakar

Downloads

Published

2012-11-13

How to Cite

Abu Bakar, S. S., & Zolk, N. H. (2012). Unsur Eufemisme dalam Melunas Rindu dan Renyah: Eufemisme Elements in Melunas Rindu dan Renyah. PENDETA, 3, 71–96. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1116