Pembangunan Perisian Multimedia Interaktif: Seni Anyaman Melayu

Development Interactive Multimedia Software: Malay Woven Art

Authors

  • Razana Baharudin UPSI
  • Noriza Nayan UPSI
  • Nur Saadah Fathil UPSI
  • Ahmad Suhaimi Mohd Noor UPSI
  • Saridan Abd Hamid UPSI
  • Azman Uyub UPSI
  • Abd Harith Hasan UPSI

Keywords:

anyaman, model ADDIE, pembangunan, perisian, multimedia interaktif

Abstract

Seni anyaman adalah suatu bentuk kraf yang tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat Melayu di Malaysia dan rumpun Nusantara. Memandangkan seni seni anyaman merupakan tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu maka sewajarnya seni anyaman ini dipelihara agar tidak luput
ditelan zaman. Pengetahuan dan kemahiran menyaman pelbagai objek perlu disebarkan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti anyaman dari segi bahan, alat dan proses.dan seterusnya menterjemahkan teknik-teknik anyaman ke dalam bentuk perisian multimedia interaktif yang mampu menyebarkan maklumat berkaitan dengan Seni Anyaman Melayu berasaskan buluh, mengkuang dan rotan. Fokus kajian ialah anyaman nyiru, tikar dan kerusi. Pembangunan perisian multimedia interaktif ini menggunakan perisian Adobe Flash CS 3 dan berpandukan Model ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation, Evaluation). Pengujian ke atas perisian ini dbuat menggunakan instrumen kajian yang terdiri daripada soal selidik, temubual dan pemerhatian. Responden terdiri daripada pensyarah, pegawai muzium, pegawai Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan guru. Hasil penilaian menunjukkan gabungan teknologi multimedia dengan applikasi teori pembelajaran dalam reka bentuk Pembangunan Perisian Multimedia Interaktif: Seni Anyaman Melayu mampu menampilkan sesuatu konsep yang sukar ke dalam bentuk maujud dan dapat membantu pengguna dalam memahami konsep dan teknik dalam seni anyaman Melayu. Perisian ini boleh dijadikan sebagai alternatif dalam kaedah penyampaian bahan pengajaran dan pembelajaran dan boleh dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat yang berminat untuk mempelajari teknik dan proses anyaman Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-06-29

How to Cite

Baharudin, R., Nayan, N., Fathil, N. S., Mohd Noor, A. S., Abd Hamid, S., Uyub, A., & Hasan, A. H. (2019). Pembangunan Perisian Multimedia Interaktif: Seni Anyaman Melayu: Development Interactive Multimedia Software: Malay Woven Art. Journal of ICT in Education, 1, 73–86. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/2593

Most read articles by the same author(s)