Model Kejayaan Sistem Maklumat dalam Pengurusan Organisasi

Information System Success Model in Organizational Management

Authors

  • Razana Baharudin UPSI

Keywords:

ciri pengguna, ciri teknologi, strategi sistem maklumat, strategi pengurusan organisasi, kejayaan sistem maklumat

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen yang memberi impak kepada penggunaan sistem maklumat dalam organisasi serta hubungannya dengan kejayaan sistem. Selain daripada itu, kajian ini mencadangkan satu model yang dikenali sebagai Model Kejayaan Sistem Maklumat dalam Pengurusan Organisasi. Model ini mengandungi dua dimensi penjajaran iaitu penjajaran di antara pengguna, tugas dan teknologi (P&T-TF), dan penjajaran strategik di antara strategi sistem maklumat dengan strategi pengurusan organisasi (ISS-OMSF). Sampel dipilih secara rawak dari kalangan individu yang menggunakan Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-OPERASI). Mereka terdiri daripada penolong kanan, ketua panitia dan guru. Data dikumpul melalui borang soal selidik dan dianalisis melalui analisis deskriptif dan korelasi dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara P&T-TF dan ISS-OMSF dengan kejayaan sistem maklumat yang digunakan. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran serta asas pertimbangan kepada pihak-pihak yang terlibat dengan pembangunan dan pelaksanaan sistem, agar sistem yang dibangunkan dapat digunakan secara maksima serta dapat membantu meningkatkan pencapaian organisasi.

This study aims to identify elements that impact the use of information systems in organization and its relationship to the success of the system. In addition, this study proposes a model known as Information System Success Model in Organizational Management. This model consists of two-dimensional alignment between user, task and technology (S & T-TF), and the strategic alignment between information systems and the organization's management strategy (ISS-OMSF). Samples were randomly selected from among individuals who use the Operating System Data Online (e-OPERATIONAL). They consist of assistant principals, heads of subjects, and teachers. Data were collected through questionnaires, and were analyzed using descriptive and correlation analysis using SPSS software. The results show a positive correlation between P&T-TF and ISS-OMSF with the success of information systems used. The results of this study are expected to provide an overview and basic consideration to the parties involved with the development and implementation of the system, so that the system developed can be used to the maximum, and can help improve organizational performance.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2016-12-15

How to Cite

Baharudin, R. (2016). Model Kejayaan Sistem Maklumat dalam Pengurusan Organisasi: Information System Success Model in Organizational Management. Journal of ICT in Education, 3, 1–12. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/2604