Penilaian Kejayaan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Maklumat Pendidikan (EMIS) di Sekolah

Successful Evaluation on Implementation of Education Management Information System (EMIS) at Schools

Authors

  • Razana Baharudin UPSI
  • Noriza Nayan UPSI

Keywords:

penjajaran, fit, sistem maklumat pengurusan pendidikan, kejayaan sistem

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai kejayaan pelaksanaan sistem maklumat dalam sektor pendidikan di Malaysia khususnya Sistem Pengurusan Maklumat Pendidikan (EMIS). Isu penjajaran (fit) antara pengguna, tugas dan teknologi yang digunakan, serta hubungan dengan kejayaan pelaksanaan sistem maklumat merupakan fokus kajian. Faktor yang mempunyai impak kepada kejayaan pelaksanaan sistem seperti ciri-ciri individu yang mengguna teknologi, tugas yang dilakukan, dan ciri-ciri teknologi yang digunakan merupakan elemen yang dikaji.  Model Penjajaran Task-Teknologi (Task-Technology Fit) oleh Goodhue dan Thomson diadaptasi oleh penyelidik bagi menilai kejayaan pelaksanaan sistem maklumat tersebut. Selain daripada dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan EMIS, seramai 43 orang pegawai perkhidmatan pendidikan telah ditemuduga. Mereka terdiri daripada guru data, pengetua, guru kanan, penolong  pegawai pendidikan (daerah dan negeri). Hasil kajian menunjukkan wujud penjajaran yang tinggi di antara pengguna, tugas dan  teknologi dalam organisasi yang dikaji, dan seterusnya penilaian kepada kejayaan pelaksanaan EMIS adalah tinggi. Hasil kajian menunjukkan pengguna tidak atau kurang menggunakan sistem andaikata penjajaran di antara pengguna, tugas dan teknologi adalah rendah. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran kepada pihak-pihak yang terlibat dengan pembangunan dan pelaksanaan sistem agar sistem maklumat yang dibangunkan akan digunapakai secara maksima dan seterusnya dapat membantu meningkatkan pencapaian organisasi.

This study aimed to evaluate information system success in Malaysian education sector, especially on Education Management Information System (EMIS). Fit issues among users, job tasks and technologies used, as well as the relationships with the success of the system such as features of the individuals who use the technology, the tasks that they do and features of the technologies used, were among elements studied in this research. Task-Technology Fit Model by Goodhue and Thomson was adapted by researchers to evaluate the information system implementation success. Apart from analysis conducted on related EMIS implementation documents, 43 education service officers were also interviewed. Among them were data teacher, principal, senior teacher, education assistant officer (district and state region). The research outcome shows that users use less or none of the system, if the fittings among users, tasks and technologies were low. This outcome is hoped to give an illustration to all people whom will be involved with development and implementation of systems so that any system to be developed will be maximally used and therefore helps increase organization’s achievements.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-06-29

How to Cite

Baharudin, R., & Nayan, N. (2019). Penilaian Kejayaan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Maklumat Pendidikan (EMIS) di Sekolah: Successful Evaluation on Implementation of Education Management Information System (EMIS) at Schools. Journal of ICT in Education, 2, 78–89. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/2602