Sediment and Nutrient Concentration from Different Land Use and Land Cover of Bukit Merah Reservoir (BMR) Catchment, Perak, Malaysia

Kepekatan Sedimen dan Nutrien dari Guna Tanah dan Penutup Tanah yang Berbeza di Kawasan Tadahan Kolam Bukit Merah, Perak, Malaysia

Authors

  • Mohamad Adam Omar Hydrogeomorphology Research Group, Section of Geography, School of Humanities, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia
  • Zullyadini A. Rahaman Hydrogeomorphology Research Group, Section of Geography, School of Humanities, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia
  • Wan Ruslan Ismail Hydrogeomorphology Research Group, Section of Geography, School of Humanities, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia

Keywords:

Erosion, Sediment concentration, Nutrient concentration, Runoff, Rainfall simulator

Abstract

This study was based on plots under various types of land use and covers at North Pool, Bukit Merah Reservoir (BMR) catchment. The rainfall was generated from a rainfall simulator to produce constant intensity of 53 mm/hour. Runoff, sediment and nutrient losses were measured. The results show that sediment concentration was highest from the bare soil plot (429.80 mg/L), and the lowest is from the grass plot (135.80 mg/L). Soil types in the catchment area also influenced the infiltration rate and the amount of surface runoff. The result also shows that the nutrient concentration in the totality of all forms of nitrogen is highest from the bare soil plot. This is due to the highest surface runoff were generated and the top layer soil was exposed to erosion activities of flowing water. The highest implication to the catchment management or soil conservation and nutrient retention has deteriorated water quality supplying to Bukit Merah reservoir. In controlling this problem, best management practice (BMP) should be maintained in the agricultural areas and convert the bare soil areas to at least as a grassy area or back to natural forest.

Kajian ini dijalankan berdasarkan plot yang dibina di pelbagai jenis penggunaan tanah dan meliputi kawasan tadahan di Kolam Utara, Bukit Merah Reservoir (BMR). Hujan telah dijana menggunakan pensimulasi hujan untuk menghasilkan intensiti hujan yang tetap iaitu 53 mm/ jam. Air larian, kepekatan sedimen dan nutrien telah diukur. Keputusan menunjukkan bahawa kepekatan sedimen adalah paling tinggi daripada plot tanah kosong (429.80 mg/L), dan yang paling rendah adalah daripada plot rumput (135.80 mg/L). Jenis tanih di kawasan tadahan juga akan mempengaruhi kadar penyusupan dan jumlah air larian yang dihasilkan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kepekatan nutrien dalam keseluruhan semua bentuk nitrogen adalah tertinggi daripada plot tanah yang terdedah. Ini adalah disebabkan oleh air larian yang paling tinggi telah dihasilkan kerana tanih lapisan atas telah terdedah dengan aktiviti hakisan oleh air yang mengalir. Implikasi yang paling besar dalam konteks pengurusan kawasan tadahan atau pemuliharaan tanah dan pengekalan nutrien ialah menyebabkan kemerosotan kualiti bekalan air yang mengalir masuk ke kolam Takungan Bukit Merah. Untuk mengawal masalah itu, langkah terbaik adalah mengekalkan kawasan pertanian berdasarkan kepada amalan pengurusan terbaik (BMP) dan menukar kawasan tanah terdedah kepada sekurang-kurangnya kawasan berumput atau kembali kepada hutan semula jadi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-12-27

How to Cite

Omar, M. A., A. Rahaman, Z., & Ismail, W. R. (2018). Sediment and Nutrient Concentration from Different Land Use and Land Cover of Bukit Merah Reservoir (BMR) Catchment, Perak, Malaysia: Kepekatan Sedimen dan Nutrien dari Guna Tanah dan Penutup Tanah yang Berbeza di Kawasan Tadahan Kolam Bukit Merah, Perak, Malaysia. GEOGRAFI, 2(2), 52–65. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/GEOG/article/view/477

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)