Perubahan Kepekatan Sedimen dan Histerisis Semasa Kejadian Ribut Di Lembangan Sungai Ara dan Sungai Relau, Pulau Pinang
Sediment Concentration Changes and its Concentration during Storm in Some Southwest Penang River Basin
Keywords:
Histerisis, guna tanah, kepekatan sedimen terampaiAbstract
‘Kesihatan’ sesebuah lembangan saliran akan dicerminkan oleh kualiti air yang baik. Warna dan kekeruhan air adalah salah satu parameter yang mencerminkan sesuatu kualiti air dan ia berkaitan dengan kepekatan sedimen terampai yang terdapat di dalamnya. Sedimen yang terhasil daripada proses hakisan di dalam sesebuah kawasan tadahan akan memasuki anak-anak sungai dan tasik dan beban sedimen serta kekeruhan air akan menyebabkan banyak masalah kepada organisma hidup di dalam air. Pada masa kini, tanah telah menjadi salah satu sumber yang dihadkan di Pulau Pinang disebabkan oleh keadaan topografinya yang berbukit dan tanah rata yang agak terhad. Pulau Pinang merupakan sebuah bandar perindustrian yang pesat serta padat dan dalam rangka menghadapi cabaran masa depan yang disebabkan oleh kepesatan pembangunan ekonomi dan terdapat permintaan yang tinggi bagi keperluan kawasan tanah rata. Pelbagai aktiviti dan pembukaan tanah ini seterusnya memberi sumbangan terhadap kepekatan jumlah sedimen seterusnya menjejaskan kesihatan kawasan tadahan tersebut. Artikel ini membentangkan kajian awal dari Januari sehingga Disember 2012 di beberapa lembangan sungai dan dapatan semasa kejadian ribut ke atas perubahan kepekatan sedimen terampai di kawasan tadahan Sungai Ara dan Sungai Relau.
The ‘catchment health’ will be reflected by a good water quality. Water colour and turbidity is one of the parameter defining the water quality, and it is related sediment concentrations. Sediments entering creeks, rivers and lakes are controlled by eroded soil in the catchment. The sediment load and turbidity of the water caused problems to the living organisms in the water, and there are many land disturbing activities in catchment areas that could add an enormous amount of sediment to rivers. Nowadays, land has become one of limited resources in Penang due to the topography of the hilly and flat area. Penang Island is a city of rapid with industrialization and development density. In order to face future challenges caused by rapid economic development, high demand for flat land requirements. Land clearing activities contributes sediment, affecting the health of the catchment area. This paper present a preliminary study using storm event data from January to December 2012 in two urbanising catchment in Penang Island and the variation of suspended sediment concentrations in Ara rivers and Relau rivers.