Kesusasteraan Melayu dalam Sistem Pendidikan Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol15.1.fa.3.2024Keywords:
Kesusasteraan Melayu, mata Pelajaran, kurikulum, KBSM, KSSMAbstract
Makalah ini bertujuan untuk membincangkan secara historikal perkembangan kesusasteraan Melayu sebagai satu mata peelajaran dalam sistem pendidikan Malaysia. Perbincangan dimulakan dengan menyoroti perkembangan di peringkat awal bermula pada penghujung abad ke-19, yang menunjukkan kesusasteraan Melayu menjadi bahan kajian dalam kalangan beberapa tokoh penjajah Inggeris seperti R.O. Winstedt dan R.J. Wilkinson. Kesusasteraan Melayu juga dijadikan mata pelajaran utama di sekolah dan di maktab-maktab.Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, kesusasteraan Melayu dijadikan sebagai satu mata pelajaran. Dalam era reformasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan dan mata pendidikan, Kesusasteraan Melayu diletakkan dalam kelompok mata pelajaran elektif. Pada tahun 2015, kurikulum KBSM diubah kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) manakaa, nama mata pelajaran Kesusasteraan Melayu pula ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Dalam era globalisasi dan era tekniilogi baharu, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu sering berdepan dengan isu penutupan penawarannya di kebanyakan sekolah menengah. Isu ini dikaitkan dengan beberapa faktor. Namun begitu, hasil perkembangan semasa menunjukkan keesusasteraan Melayu mempunyai potensi yang amat baik dalam pelbagai sektor pekerjaan khususnya bidang pendidikan yang menjadikannya sentiasa relevan dalam pembangunan negara Malaysia.
Downloads
References
A. Halim Ali. (2004). Di Sekitar Puisi Melayu Moden. Tanjong Malim. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
A. Halim Ali. (2018). Pendidikan Kesusasteraan Melayu: Sejarah, Perkembangan dan Kebolehpasaran. Shah Alam: Penerbit NHA Excell Resources.
Abu Bakar Nordin et. al (2000). SITC-UPSI Pelopor Pendidikan Bangsa. Petaling Jaya: Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Annas Haji Ahmad. (1964). Sastera Melayu Baru: Saudara Sinaran Berhad.
Awang Had Salleh. (1974). Pengajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahagian Pembangunan Kurikulum, (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran: Kesusasteraan Melayu tingkatan 4 dan 5. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hanapiah Sudin. (1993). Pendidikan sastera dalam KBSM. Ulu Klang: Progressive Publication House Sdn. Bhd.
Ibrahim Bin Mohamad. (2012). Sastera dalam pendidikan di sekolah. Seminar HISMA. Diterbitkan.
Misran Rokimin. (1997). Mereka yang Tertewas: Satu Kajian Teks dan Hubungannya dengan Latar Belakang Sosial Pelajar. Tesis Doktor Falsafah. Univeristi Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Taib Osman. (1977). Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nazmi Yaakub. (2010). Sastera di sekolah rendah. Berita Harian, 3 Mei 2010.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Abdul Halim Ali
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.