Menukangi Aspek Leksikal Dan Identiti Dalam Wacana Khaled Nordin Berdasarkan Perspektif Analisis Wacana Kritis Wacana Tiga Dimensi

Leksikal Aspect and Identity in Khaled Nordin Discourse Based on Perspective Analysis of Critical Discourse Three Dimensional Discourse

Authors

  • Mashetoh Abd Mutalib Universiti Utara Malaysia
  • Hishamudin Isam Universiti Utara Malaysia
  • Rohaidah Haron University of Malaya
  • Mohd Izani Mohd Zain Universiti Putra Malaysia

Keywords:

akademik, bahasa, leksikal, identiti dan wacana

Abstract

Seseorang pewacana memerlukan upaya untuk menyampaikan wacana (bahasa) agar identitinya dapat diserlahkan. Kepentingan wacana juga telah menjadikan pemimpin-pemimpin utama dunia mampu mencapai agenda mereka yang tersendiri. Berdasarkan premis tersebut, penelitian ini bertujuan menganalisis pemanfaatan aspek leksikal dan hubung kaitnya dengan pengidentitian yang terdapat dalam wacana Khaled Nordin, sebagai pemimpin yang mengetuai Kementerian Pengajian Tinggi. Oleh itu, teori analisis wacana kritis tiga dimensi yang dicadangkan oleh Fairclough (1992, 1995) dilihat relevan untuk dijadikan sebagai panduan. Data wacana yang dimanfaatkan dalam kajian ini berupa teks ucapan yang telah disampaikan oleh Khaled Nordin selaku menteri di Kementerian Pengajian Tinggi, iaitu sebanyak 20 teks. Teks-teks ucapan tersebut telah dipilih secara rawak untuk dianalisis dan ia merupakan koleksi ucapan Khaled Nordin sepanjang tahun 2009 hingga 2012. Hasil analisis menunjukkan bahawa melalui pendekatan analisis wacana kritis, masyarakat bukan setakat dapat meneliti cara-cara pemimpin mewacanakan ideologi, pemikiran, dan pendirian mereka, malah wacana dilihat sebagai pembentuk identiti yang sangat penting bagi seseorang pemimpin. Dapatan juga menunjukkan bahawa leksikal merupakan satu daripada aspek penting dalam dimensi tekstual sesuatu wacana dan berupaya dikaitkan dengan pengindentitian seseorang pemimpin seperti Khaled Nordin.

 

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2013-11-04

How to Cite

Abd Mutalib, M., Isam, H., Haron, R., & Mohd Zain, M. I. (2013). Menukangi Aspek Leksikal Dan Identiti Dalam Wacana Khaled Nordin Berdasarkan Perspektif Analisis Wacana Kritis Wacana Tiga Dimensi: Leksikal Aspect and Identity in Khaled Nordin Discourse Based on Perspective Analysis of Critical Discourse Three Dimensional Discourse. PENDETA, 4, 1–24. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1124