Pembinaan model pencapaian matematik berasaskan komponen afektif di Institusi Pendidikan Guru (IPG)
The development of mathematics performance’s model based on the affective component at the Institute of Teacher's Education (IPG)
Keywords:
pencapaian matematik, afektif, Model Persamaan Berstruktur Kuasa Dua Terkecil Separa (MPBKTS)Abstract
Kombinasi antara keupayaan kognitif dan afektif didapati memberi impak kepada proses pembelajaran. Kedua- duanya juga didapati mempunyai kepentingan yang yang tersendiri untuk meningkatkan pencapaian matematik pelajar. Kajian ini bertujuan membina model pencapaian matematik berasaskan komponen afektif. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian. Subjek kajian terdiri daripada pelajar Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) major Pendidikan Matematik di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Model yang dibina diuji dan dinilai melalui analisis Model Persamaan Berstruktur Kuasa Dua Terkecil Separa (MPB KTS). Dapatan kajian mendapati bahawa model yang dibina dapat dipadankan berdasarkan nilai-n ilai penyesuaian MPB KTS. Model yang dibina memperlihatkan hubungan berstruktur antara tiga komponen afektif, iaitu sikap pelajar, tabiat belajar dan kebimbangan matematik dengan pencapaian matematik. Kesimpulannya, selain daripada aspek kognitif pelajar, aspek afektif juga berhubung kait dengan pencapaian matematik.
Downloads
References
Arsaythamby Veloo. (2010). Hubungan di antara Orientasi Pembelajaran Matematik (OPM) dengan pencapaian Matematik. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 25, 33-51.
Arsaythamby Veloo, & Shamsuddin Ahmad (2011). Hubungan sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 26(1), 15-32.
Choudhury, R., & Das, D. K. (2012). Influence of attitude towards Mathematics and study habit on the achievement in Mathematics at the secondary stage. International Journal of Engineering Research and Applications (IJERA), 2(6), 192-196.
Fornell, C., & Larcker, D. F. (1981). Evaluating structural equation models with unobservable variables and measurement error. Journal of Marketing Research, 18(1), 39-50.
Gomez-Chacon, I. M. (2000). Affective influences in the knowledge of Mathematics. Educational Studies in Mathematics, 43, 149-168.
Hair, J. F., Hult, G. T. M., Ringle, C. M., & Sarstedt, M. (2013). A Primer on partial least squares structural equation modelling (PLS-SEM). SAGE Publications.
Nik Azis Nik Pa (2008). Isu-isu kritikal dalam pendidikan Matematik (Edisi pertama). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Pallant, J. (2005). SPSS survival manual: a step by step guide to data analysis using SPSS for windows (Version 12). 2nd ed. Maidenhead: Open University Press.
Reinartz, W., Haenlein, M., & Henseler, J. (2009). An empirical comparison of the efficacy of covariance-based and variance-based SEM. International Journal of Research in Marketing, 26(4), 332–344.
doi:10.1016/j.ijresmar.2009.08.001