Pembangunan Koswer Multimedia Interaktif Istilah Biologi
Development of Interactive Multimedia Courseware for Biology Terminolog
Keywords:
Koswer multimedia interaktif, Glosari istilah-isltilah Biologi, Pembelajaran Biologi, Model ADDIE., -, Courseware interactive multimedia, Glossary for Biological terms, Learning Biology, ADDIE’S ModelAbstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan sebuah koswer glosari istilah-istilah Biologi berasaskan Huraian Sukatan KBSM untuk pembelajaran Biologi. Koswer ini digunakan dengan penekanan terhadap penerokaan menggunakan strategi pembelajaran kendiri dan dibina dengan berkonsepkan interaktif. Reka bentuk kajian ini telah merujuk dan menggunakan Model ADDIE. Koswer glosari istilah-istilah Biologi ini telah dibina menggunakan koswer Macromedia Flash Version 8, Adobe Photoshop CS2, dan Sound Forge Version 7 untuk membina elemen-elemen multimedia. Penilaian dijalankan ke atas sampel kajian yang terdiri daripada 20 orang pelajar tingkatan 4 yang dipilih secara rawak dan 2 orang guru Biologi. Instrumen yang digunakan adalah set soal selidik dan sesi temu bual. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan kesemua pelajar memberi pandangan positif dengan tahap interpretasi sangat baik bagi reka bentuk informasi (min = 4.06), tahap baik bagi reka bentuk persembahan maklumat (min= 3.35) dan reka bentuk antara muka (min = 3.92), manakala tahap sangat baik bagi keberkesanan penggunaan koswer (min = 4.05). Dalam pada itu, analisis data temubual ke atas responden guru telah memberikan pandangan yang positif terhadap koswer yang dibangunkan dan ia berpotensi sebagai bahan pembelajaran kendiri dalam pembelajaran Biologi.
...................................................................................................................
This study was conducted to develop a courseware interactive multimedia glossary for the Biological terms based on Biology KBSM Curriculum Specification. This courseware was used to explore self accessed learning strategy and was developed using interactive concepts. The developmental design of this interactive multimedia courseware was based on the ADDIE’s model. The courseware was designed and developed using various types of softwares including Macromedia Flash Version 8, Adobe Photoshop CS2, and Sound Forge Version 7. Evaluation on a total of 20 randomly selected science stream students and 2 Biology teachers was conducted. The instruments used were a set of questionnaires and interview questions. The results showed that most of the students possessed positive perceptions towards the developed courseware with very good level interpretation of information design (mean = 4.06), good level of design for information performance (mean= 3.35) and interface design (mean = 3.92), and very good level for the effectiveness of courseware as a learning aid (mean = 4.05). Meanwhile, the interview indicated that the respondents possessed positive perceptions towards the developed courseware and it has potential as a self learning tool in learning Biology.