Frog VLE (persekitaran pembelajaran maya) dalam pengajaran dan pembelajaran: Penerimaan dan kaedah pelaksanaannya**

Authors

  • Mahizer Hamzah Sultan Idris Education University, Malaysia
  • Mohd Azli Yeop Sultan Idris Education University, Malaysia

Keywords:

Frog VLE, persekitaran pembelajaran maya, penerimaan, kaedah pelaksanaan

Abstract

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini. Teknologi ini mempengaruhi cara anak-anak muda bermain, bersosial dan berkomunikasi serta telah memberi impak yang besar di dalam sistem pendidikan. Menyedari keadaan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah proaktif dalam merangka perubahan baru dalam sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi semasa. Inisiatif baharu bagi memastikan kejayaan konsep pembestarian sekolah ini, KPM telah memperkenalkan satu platform Pembelajaran Teradun yang di kenali sebagai Persekitaran Pembelajaran Maya-Frog (Frog VLE). Sehubungan itu, hampir kesemua sekolah di Malaysia iaitu hampir 10,000 buah sekolah telah dibekalkan dengan kemudahan ICT (Projek 1BestariNet) bagi merealisasikan konsep pembestarian ini. Penulisan ini akan menerangkan pandangan dan pelaksanaan Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dalam kalangan guru.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-10-07

How to Cite

Hamzah, M., & Yeop, M. A. (2018). Frog VLE (persekitaran pembelajaran maya) dalam pengajaran dan pembelajaran: Penerimaan dan kaedah pelaksanaannya**. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers and Teacher Education, 6(2), 67–77. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JRPPTTE/article/view/227