Kesediaan Guru Pendidikan Khas dalam Pelaksanaan Program Transisi Kerjaya

Authors

  • Norizan Mohd Tajuddin Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Kama Shaffeei Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/bitara.vol16.sp.1.2023

Keywords:

Guru Pendidikan Khas, Kesediaan, Program Transisi Kerjaya, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Abstract

Program Transisi Kerjaya (PTK) merupakan program pembangunan kemahiran dan pembangunan sokongan kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang dilaksanakan di peringkat sekolah menengah di seluruh Malaysia. Program ini telah dilaksanakan secara rasmi mulai tahun 2019 di semua sekolah yang menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV). Guru Pendidikan Khas (GPK) merupakan pelaksana program ini berpandukan Modul dan Garis Panduan PTK yang telah disediakan. Satu kajian rintis dijalankan bagi melihat tahap kesediaan guru merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelaksanaan PTK bagi MBPK. Data diperoleh melalui reka bentuk kaedah tinjauan dalam talian yang melibatkan 30 orang guru berkhidmat di PPKI sekolah menengah di Negeri Selangor. Instrumen kajian menggunakan soal selidik skala Likert 5 mata dan hasil dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) 25.0. Analisis data melibatkan min, sisihan piawai dan peratus. Dapatan kajian mendapati pengetahuan guru (min=3.87), kemahiran guru (min=3.86) dan sikap guru (min=3.85) adalah tinggi. Secara keseluruhan tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan program di Negeri Selangor adalah tinggi (min=3.86). Ini menunjukkan guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang baik dan bersikap positif dalam pelaksanaan program. Implikasi kajian ini ialah semua guru diharap dapat terus meningkatkan kesediaan untuk memasukkan pengetahuan, kemahiran, dan sikap serta bersedia menyahut cabaran demi mencapai matlamat program. Penglibatan dan kerjasama daripada pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pentadbiran sekolah, ibu bapa, dan pihak industri juga amat penting bagi mencapai matlamat program. Ini bagi memastikan aspek kebolehpasaran MBPK dipertingkatkan kerana ia merupakan salah satu tonggak pembangunan modal insan yang memberi impak kepada pembangunan negara.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ab. Halid Zakaria & Jamaludin Badusah. 2014. Penerapan Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Prosiding Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu dan Pendidikan Kesusasteraan Melayu kali ke-3. Selangor. Penerbit Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aliza Alias. (2013). The issues in implementing transition program for special needs students. Asian Social Science 9(16 SPL): 9–14. doi:10.5539/ass.v9n16p9.

Aliza Alias. (2015). Program Transisi: Pembelajaran Melalui Pengalaman. Proceeding: 7th International Seminar on Regional Education, November 5-7, 2015 8 1: 90–97.

Bahagian Pendidikan Khas. (2021). Buku Data Pendidikan Khas 2021. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Fadilla Layang & Zamri Mahamod. (2019). Tahap Pengetahuan, Kesediaan dan Sikap Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Peta Pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 37–44.

Hannah Aqilah Amran, Rosadah Abd Majid, & Manisah Mohd Ali. (2019). Cabaran Guru Pendidikan Khas Pada Abad Ke-21 Challenges for Special Education Teachers in 21 Th Century. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(26), 113– 122. www.ijepc.com

Human Resource Development Fund (HRDF). (2019). Human Capital Report, Issue: Feb 2019/1).

Kama Shaffeei. (2019). Pembangunan Instrumen Saringan Kemahiran Vokasional Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran Bagi Persediaan Sijil Kemahiran Malaysia. In Universiti Pendidikan Sultan Idris. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kama Shaffeei, Abdul Rahim Razali, & Mohd Hafiz Mohd Hanif. (2021). Kesediaan Guru Dalam Program Transisi Kerjaya Murid Berkeperluan Khas. Prosiding Seminar Penyelidikan Dan Inovasi Pendidikan (SPIP2021) Peringkat Kebangsaan, 264–271.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025: Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025: Laporan Tahunan 2018. In Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 Pelaksanaan Program Transisi Ke Kerjaya Murid Berkeperluan Khas.

Lee H Y. (2021). Cabaran yang dihadapi Pendidikan Seni Visual dengan Pentaksiran Bilik Darjah di sekolah rendah daerah Hilir Perak. Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 9(1), 46–57.

Mohamad Hisyam Mohd Hashim, & Siti Nor Idayu Mohd Nasir. (2016). Program Transisi Kerjaya Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. 6th National Conference in Education Technical Vocational Education and Training 2016, September.

Mohd Yusaini Yaakub & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2020). Komitmen Guru Pendidikan Khas Terhadap Pelaksanaan Program. Special Education International Conference (SEIC) 2019; 25-27 September 2019; Marriott Hotel, Putrajaya.

Mohd Zulkarnain Abdul Wahab & Aliza Alias. (2018). Kolaborasi Guru Pendidikan Khas dan Industri Dalam Menjalankan Program Transisi Kerjaya Murid Berkeperluan Khas. International Conference on Special Education in Southeast Asia, hlm. 597–607.

Noel Jimbai Balang, Bong Lie Chien, Mimilia Gabriel, NorHamidah Ibrahim, & Nordin, M. N. (2021). Elements of Teacher Readiness In The Construct Of Special Education Teacher Workload In Malaysia. Turcomat.Org, 12(11), 5244–5248. https://www.turcomat.org/index.php/turkbilmat/article/view/6747

Nur Farhana Kamela & Manisah Mohd Alib. (2016). Faktor - faktor yang mempengaruhi keberkesanan program transisi kerjaya murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran. International Conference On Learning Innovation And Quality Education 1st Series 2016

Nur Hawa Hanis Abdullah, & Ghazali Darusalam. (2018). Kesediaan Guru Melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 6(3), 22–31.

Nuraisyah Adnie Abd Rahman. (2021). Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Pelaksanaan Program Transisi Kerjaya Bagi Murid Berkeperluan Khas. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rosmiza Mohd Zainol, Mimi Halida Ghazali, Christina Andin, & Lam Kuok Choy. (2019). Support System Influences Towards the Viability of Transitional Programme in Agro Entrepreneurship Among Special Needs Students With Learning Difficulties. International Journal of Modern Trends in Social Sciences, October 2020, 83–98. https://doi.org/10.35631/ijmtss.28009

Rowen Tingang Musa, Nor Suriya Abd Karim, Nur Hamiza Adenan, Rawdah Adawiyah Tarmizi, Noor Wahida Md Junus, & Vicky Ezekiel Anak Kelong. (2021). Tahap

Kesediaan Guru Pelatih Matematik UPSI dalam Melaksanakan PAK21. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14, 82–91. https://doi.org/10.37134/bitara.vol14.sp.9.2021

Shogren & Plotner (2012). Transition planning for students with intellectual disability, autism, or other disabilities: Data the national longitudinal transition study-2. Intellectual and Development Disabilities. 50 (1): 16-30.

Siti Nor Idayu Mohd Nasir & Mohammad Hisyam Mohd Hashim. (2015). Pelaksanaan Program Transisi Bagi Mempersiapkan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran . Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015 2015(March): 9–10.

Siti Masidayu Jaafar Shah, Aliza Alias, Noor Rahayu Rahim & Nor Hidayah Ishak. (2018). Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Khas Dalam Melaksanakan Program Transisi Kerjaya.

International Conference on Special Education in Southeast Asia, hlm. 590–596

Zulkifli Hassan, & Norazilawati Abdullah. (2016). Penilaian Guru Sekolah Rendah Di Daerah Kinta Utara Terhadap Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK). JPBU Edisi Khas, 18–24.

Downloads

Published

2023-05-25

How to Cite

Mohd Tajuddin, N., & Shaffeei, K. (2023). Kesediaan Guru Pendidikan Khas dalam Pelaksanaan Program Transisi Kerjaya . Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 16, 1–14. https://doi.org/10.37134/bitara.vol16.sp.1.2023

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)