Penggunaan Permainan Padan Kad Abjad (PKA) dalam Meningkatkan Kemahiran Kenal Huruf Abjad di Prasekolah

Authors

  • Noraini Andi Arip Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Abdul Halim Masnan Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Jamilah Mohd Basir Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/bitara.vol17.sp2.13.2024

Keywords:

Kemahiran Mengenal Huruf Abjad, Permainan Padan Kad Abjad, Prasekolah

Abstract

Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu telah menetapkan standard pembelajaran iaitu mengenal pasti huruf abjad  yang perlu dikuasai oleh murid prasekolah  dan pendekatan belajar melalui bermain merupakan salah satu pendekatan yang disarankan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di prasekolah. Kajian ini adalah Kajian Tindakan yang bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan  Permainan Padan Kad Abjad (PKA)  bagi mengenal pasti huruf abjad dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di Bandar Baru Bangi. Seramai lima orang kanak-kanak berumur enam tahun terlibat sebagai responden kajian. Kajian Tindakan ini menggunakan model Kemmis dan Mc Taggart (1988) yang melalui fasa perancangan, tindakan, pemerhatian, dan refleksi. Data dikumpul melalui ujian pra dan ujian pos menggunakan instrument senarai semak, hasil kerja dan temubual tidak berstruktur. Data dianalisis menggunakan bilangan abjad dan peratus.  Terdapat peningkatan yang signifikan dalam penguasaan huruf abjad dalam kajian ini. Sebelum intervensi, peratusan pencapaian mengenal pasti huruf abjad adalah antara 12.5% hingga 25%. Selepas intervensi, semua responden mencapai 100% dalam mengenal pasti dan membunyikan huruf abjad dengan betul. Selain itu, melalui temubual menunjukkan perubahan positif dalam minat kanak-kanak terhadap pembelajaran huruf abjad. Oleh itu, Permainan Padanan Kad Abjad (PKA) terbukti berkesan dalam meningkatkan kemahiran literasi awal di kalangan kanak-kanak prasekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Azahari, N. S., & Rahimi, N. M. (2022). Blended-learning as a new norm approach of learning. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 186–196.

Dewi, R., Musi, M. A., & Syahriah, A. (2022). Meningkatkan kemampuan anak mengenal huruf melalui kegiatan bermain plastisin. EDUSTUDENT: Jurnal Ilmiah Pendidikan Dan Pembelajaran, 1(4), 215. https://doi.org/10.26858/edustudent.v1i4.27183

Janius, N., Mohd Ishar, M. I., Yusof, Y., Bang, P., Sid, R., & Wong, G. (2023). Belajar sambil bermain di dalam kelas pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(4), e002248. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i4.2248

Piaget, J. (1951). Play, dreams and imitation in childhood. Routledge and Kegan Paul.

Kamaruddin, Z., & Mohamed, S. (2019). Keberkesanan pendekatan bermain dalam kemahiran mengenal huruf melalui permainan bahasa. Dalam e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Semakan.

Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Deakin University Press.

Norlela, A., & Shamsudin, O. (2020). Penggunaan kaedah didik hibur dalam pengajaran kemahiran membaca guru Bahasa Melayu sekolah rendah. International Journal of Education and Training (InjET), 6(2).

Saputra, M. A., & Wijayanti, R. (2022). Peningkatan kemampuan mengenal lima huruf vokal melalui media bola huruf pada anak usia 3-4 tahun. EDUKIDS: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(2), 145-153.

Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of higher psychological process. Harvard College.

Zaharah Kamaruddin, & Suziyani Mohamed. (2019). Keberkesanan pendekatan bermain dalam kemahiran mengenal huruf melalui permainan bahasa. Dalam e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Downloads

Published

2024-11-11

How to Cite

Andi Arip, N., Masnan, A. H., & Mohd Basir, J. (2024). Penggunaan Permainan Padan Kad Abjad (PKA) dalam Meningkatkan Kemahiran Kenal Huruf Abjad di Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 17, 127–137. https://doi.org/10.37134/bitara.vol17.sp2.13.2024