Ciri Guru Geografi yang Cemerlang daripada Aspek Sahsiah dan Keterampilan

Authors

  • Nur Liyana Hassan Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mazdi Marzuki Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mohammad Zohir Ahmad @ Shaari Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Kamarul Ismail Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/geografi.vol11.2.6.2023

Keywords:

guru, guru geografi, cemerlang, sahsiah, keterampilan

Abstract

Guru merupakan insan yang mulia dan mendidik adalah profesion yang dihormati oleh masyarakat. Sehubungan itu, guru perlu cemerlang daripada aspek sahsiah dan keterampilan. Artikel ini menganalisis tentang ciri personaliti guru geografi yang cemerlang dengan memberi fokus kepada aspek sahsiah dan keterampilan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Responden yang terlibat ialah pelajar Sarjana Muda Pendidikan (Geografi) seramai 144 orang. Borang kaji selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data. Dapatan kajian menunjukkan persepsi responden berada dalam tahap yang tinggi untuk tahap sahsiah dan keterampilan personaliti guru  untuk semua komponen iaitu aspek diri sendiri dan sosial. Bagi aspek tahap sahsiah personaliti guru geografi yang cemerlang daripada aspek diri sendiri, item  guru geografi perlu penampilan menarik untuk meningkatkan tahap keyakinan diri (M=4.79, S.P=0.41) merupakan item yang paling tinggi. Manakala bagi tahap sahsiah personaliti guru geografi yang cemerlang daripada aspek sosial item  guru geografi perlu prihatin kepada murid semasa sesi pengajaran dan pemudahcara (M=4.83, S.P=0.37) merupakan item paling tinggi. Bagi tahap keterampilan personaliti guru geografi yang cemerlang daripada aspek diri sendiri  pula item tertinggi ialah  guru geografi perlu menerima perbezaan yang wujud dalam kalangan murid (M=4.78, S.P=0.42). Untuk tahap keterampilan personaliti guru geografi yang cemerlang daripada aspek sosial pula item tertinggi ialah  guru geografi perlu memberi komitmen sepenuhnya ketika melaksanakan tugas walaupun di luar bidang kerjayanya (M=4.68, S.P=0.47). Justeru, kecemerlangan sahsiah dan kecekapan adalah penting dalam melahirkan tenaga pengajar yang berkelayakan tinggi dalam era globalisasi yang mencabar ini.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Elly Manizar. (2015). Peran guru sebagai motivator dalam belajar. Tadrib, 1(2), 171-188.

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement.

Lily, J., B. & Muhamad Suhaimi Taat. (2020). Budaya sekolah: hubungannya dengan komitmen guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(10), 207-216.

Mahaya Salleh. (2016). Keberkesanan latihan praktikum berasaskan kepada perkembangan identiti profesional guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) [Ijazah doktor falsafah, Universiti Putra Malaysia]. Malaysian Theses Online.

Martin, N. (2008). A study of the relationship between personal quality and professional quality [Tesis sarjana sains tidak diterbitkan]. California State University.

Mohd Fahridzakki Abd Rahman & Zuria Mahmud. (2019). Personaliti guru pelatih institut pendidikan guru. Global Conferences Series: Social Sciences, Education and Humanities, 1, 159-167. https://doi.org/10.32698/2158

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. (2010). Cabaran integrasi antara kaum di malaysia: perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan. Jurnal Hadhari, 3. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Musliza Mat Jusoh, Siti Noor Ismail & Anis Salwa Abdullah. (2020). Kepuasan kerja dan komitmen guru sekolah menengah cemerlang di Kelantan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(1), 77-90.

Noraini Idris (2013). Penyelidikan dalam pendidikan. McGraw Hill.

Nordin Abd Razak, Gusti Ngurah Darmawan & Keeves, J.P. (2010). The influence of culture on teacher commitment. soc. psychology. 13, 185-205.

Rosy Talin, Sabariah Sharif, Soon Sigh Bikar Singh & Mohd Shahudin Karim. (2020). Ciri personaliti berkualiti Guru Sejarah Tingkatan Enam. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(1), 32-39. https://doi.org/10.47405/ mjssh.v5i1.340

Saedah Siraj & Mohammed Sani Ibrahim. (2012). Standard kompetensi guru Malaysia. Prosiding Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Solahuddin Abdul Hamid & Nor Azzuwal Kila. (2017). Pembentukan personaliti guru agama sebagai role model dalam masyarakat. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 2(6), 254 – 263.

Syafiqah Solehah Ahmad & Tengku Sarina Aini Tengku Kasim. (2018). Personaliti guru pendidikan Islam dan kesannya terhadap akhlak pelajar: satu tinjauan awal di sekolah menengah daerah Marang, Terengganu. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 3(14), 59-75.

Yulia Siska. (2011). Penerapan metode bermain peran (role playing) dalam meningkatkan keterampilan sosial dan keterampilan berbicara anak usia dini. Edisi Khusus(2), 31-37.

Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. (2012). Faktor persekitaran sosial dan hubungannya dengan pembentukan jati diri. Jurnal Hadhari Special Edition, 155-172.

Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. (2020). Pengenalan tentang profesion keguruan dan pembangunan insan. Dalam Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. (Eds.), Profesion keguruan dan pembangunan insan (pp. 11-17). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Downloads

Published

2023-12-29

How to Cite

Hassan, N. L., Marzuki, M., Ahmad @ Shaari, M. Z., & Ismail, K. (2023). Ciri Guru Geografi yang Cemerlang daripada Aspek Sahsiah dan Keterampilan. GEOGRAFI, 11(2), 91–107. https://doi.org/10.37134/geografi.vol11.2.6.2023

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>