Pemetaan Tahap Ketersampaian Wi-Fi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak

Mapping of Wi-fi Coverage Levels in Sultan Idris Education University, Perak

Authors

  • Nasir Nayan Jabatan Geografi & Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah Jabatan Geografi & Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mohmadisa Hashim Jabatan Geografi & Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Yazid Saleh Jabatan Geografi & Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mohammad Ameen Shafiee Jabatan Geografi & Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

GIS, ICT, Internet, liputan Wi-Fi, universiti

Abstract

Penggunaan ICT berasaskan internet adalah berkait rapat dengan bidang pendidikan dan menjadi keperluan kepada pelajar dan mahasiswa yang lebih menjurus kepada mencorak dan menjana minda kelas pertama seiring dengan perkembangan dan globalisasi pada masa kini. Artikel ini cuba untuk mengenengahkan kajian yang melibatkan cerapan ketersampaian wi-fi yang dipetakan menggunakan sistem maklumat geografi (GIS) bagi mengenal pasti kawasan liputan wi-fi khususnya bagi kegunaan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Data yang digunakan adalah data cerapan ketersampaian wi-fi di lokasi yang dikenal pasti menggunakan alatan yang dikenali sebagai wifi analyzer yang dimasukkan dalam telefon bimbit. Data berkenaan seterusnya dimasukkan dalam GIS melalui perisian ArcGIS 9.3. Seterusnya teknik interpolasi kriging digunakan untuk membentuk kawasan liputan yang dibahagikan kepada enam kategori iaitu sangat kuat, kuat, sederhana, sederhana lemah, lemah dan sangat lemah yang ditentukan daripada nilai terbitan wifi analyzer. Dapatan kajian ini menunjukkan yang lebih daripada 80 peratus kawasan mempunyai liputan yang lemah atau sangat lemah. Keadaan ini menunjukkan bahawa pihak universiti perlu melakukan sesuatu untuk menambahkan lagi liputan wi-fi bagi kegunaan pelajarnya.

The use of internet-based ICT is closely related to the field of education and the needs for the students to shape and generate first class mind in line with the globalization era. This article attempts to highlight studies involving measurements of Wi-Fi coverage area and mapped using geographical information system (GIS) to identify Wi-Fi cover age area, in particular for the use of students of Sultan Idris Education University. The data were measured at selected location using tools known as Wi-Fi analyzer installed in mobile phones. The data was subsequently exported into GIS through ArcGIS 9.3 software. The Kriging interpolation techniques have been formulated to show coverage level which were then divided into six categories: very strong, strong, moderate, moderately weak, weak and very weak. The findings of this study indicated more than 80% of the coverage areas are weak or very weak. The university must enhance the coverage of free Wi-Fi for its students.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-12-27

How to Cite

Nayan, N., Che Ngah, M. S. Y., Hashim, M., Saleh, Y., & Shafiee, M. A. (2018). Pemetaan Tahap Ketersampaian Wi-Fi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak: Mapping of Wi-fi Coverage Levels in Sultan Idris Education University, Perak. GEOGRAFI, 2(2), 39–51. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/GEOG/article/view/476

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 > >>