Impak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ke atas Ekonomi Setempat di Mukim Hulu Bernam Timur, Perak
The Impact of Institute of Higher Education (IHE) on the Local Economy in Mukim of East Hulu Bernam, Perak
Keywords:
Institusi Pengajian Tinggi (IPT), ekonomi setempat, Hulu Bernam Timur, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Politeknik Sultan Azlan ShahAbstract
Kertas kerja ini mengukur impak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ke atas ekonomi setempat di mukim Hulu Bernam Timur, Batang Padang, Perak. Model American Council of Education (ACE) digunakan bagi mengukur impak ekonomi keseluruhan (total economic impact) yang dijana oleh perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pelajar dan kakitangan IPT bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan di kawasan ini. Dengan menggunakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) yang terletak di mukim Hulu Bernam Timur, artikel ini memaparkan sejumlah RM120 juta telah dibelanjakan oleh pelajar dan kakitangan di kedua-dua IPT ini bagi tempoh setahun dan memberi sumbangan yang sangat signifikan kepada pertumbuhan ekonomi terutamanya aktiviti perniagaan di mana setakat tahun 2012 terdapat 842 premis perniagaan telah wujud di kawasan ini.
This article examined the impact of Institute of Higher Education (IHE) on the local economy in mukim of Hulu Bernam Timur, Batang Padang, Perak. Model of American Council of Education (ACE) was used to measure the total economic impact generated by the expenses incurred by the students and employees of IHE to obtain goods and services in the area. By using the Sultan Idris Education University (SIEU) and Sultan Azlan Shah Polytechnic (SASP), which is located in mukim Hulu Bernam Timur, this article revealed a total of RM120 million was spent by students and employees at these two IHE in one year and has contributed very significantly to the economic growth, particularly where there were 842 business premises existed in this areaas of 2012.