Tema Pantun Cocos di Sabah

Theme of Cocos Pantun in Sabah

  • Asmiaty Amat Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa , Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA
  • Isa Romtie Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA
  • Norhuda Salleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA
Keywords: Masyarakat Cocos, Sabah, tema pantun, analisis tematik

Abstract

Masyarakat Cocos di negeri Sabah merupakan etnik minoriti yang sangat unik dari segi kebudayaan dan bahasanya. Mereka digolongkan dalam kategori etnik bumiputera beragama Islam. Walaupun nama mereka berbunyi agak keinggerisan dan pakaian mereka ada percampuran bangsa Protugis dan Jawa, budaya dan bahasa orang Cocos hampir sama dengan orang Melayu di Tanah Melayu dan mereka juga arif dalam tradisi berpantun. Lenggok pengucapan mereka agak unik kerana ia seolah-olah ada gaya sebutan baba nyonya di Melaka. Kajian Pauline Bunce terhadap pantun orang Cocos di Pulau Cocos (Australia) mendapati bahawa pantun masyarakat Cocos hanya bertema kasih sayang dan hanya dilantunkan ketika tarian Selong dipersembahkan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi melihat tema pantun Cocos dengan melakukan kajian lapangan di Kampung Balung Cocos dan Kampung Skim Cocos dalam daerah Tawau. Informan yang dipilih terdiri daripada orang Cocos yang berpengalaman dan berpengetahuan tentang budaya dan pantun Cocos.  Dapatan kajian dianalisis secara tematik untuk mangkategorikan tema-tema pantun.  Kajian ini mendapati bahawa tema pantun orang Cocos mirip dengan pantun masyarakat Melayu di Nusantara. Perbezaannya hanya terletak pada cara pengucapan yang digunakan oleh masyarakat tersebut. Pantun ini juga memperlihatkan percampuran bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa pasar dan bahasa asing yang lain. Tema-tema yang ditemui ialah tema cinta dan kasih sayang, budi, mengaco (hiburan), mendongkol (kecewa) dan perpisahan, ajaran (nasihat), agama dan tema pantun kongajar (lucah).

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd. Rachman Abror. (2006). Pantun Melayu, titik temu Islam dan budaya lokal nusantara. Yogyakarta: PT. LKiS Printing Cemerlang.

Asmiaty Amat. (2021). Hubungan etnik di Sabah: satu kajian terhadap cerpen-cerpen terpilih penulis Sabah. Jurnal PENDETA, 12(2), 44-45. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/5423/3175

Florina Jumil, & Norjietta Julita Taisin. (2017). Nilai Pendidikan dalam tangon-tangon masyarakat Kadazandusun. Jurnal PENDETA, 8(2017), 36-46. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1233/888

Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional, satu perbicaraan genre dan fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah. (2007). Pantun sebagai artifak budaya. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Isa Romtie, Asmiaty Amat, & Lokman Abdul Samad. (2018). Unsur maritim dalam perkahwinan di Sabah. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 15, Kampus Ipoh: Institusi Pendidikan Guru.

Isa Romtie, Asmiaty Amat, & Lokman Abdul Samad. (2019). Nyanyian panton sebagai hiburan dan pendidikan masyarakat Cocos di Sabah, MANU, 29, 115-135, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Jabatan Perangkaan Negeri Sabah. (2019). Buku Perangkaan Sabah. file:///C:/Users/User/Downloads/Buku%20Tahunan%20Perangkaan%20Sabah%202019.pdf

Lokman Abdul Samad. (2008). Wahui: Pengenalan genre pantun Suluk di Sabah. WADAH. Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

Lokman Abdul Samad. (2017). Pantun Brunei Sabah: Analisis stalistik (Tesis doktor falsafah tidak diterbitkan), Universiti Malaysia Sabah, Sabah.

Low Kok On. (2016). Unsur berahi dalam pantun kasih sayang Melayu Brunei di Sabah. Universiti Malaysia Sabah: Unit Penyelidikan Warisan Borneo.

Mohd Rashid Md. Idris. (2011). Nilai Melayu dalam pantun. Tanjong Malim Perak, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Rosli Saludin. (2007). Puisi Melayu tadisional. Pulau Pinang: Siri Bukit Budaya, Goal Intelligent Publishing Sdn. Bhd.

Norjietta Taisin. (2019). Unsur metafora dalam puisi lisan tradisional Kadazandusun. RUMPUN Jurnal Persuratan Melayu, 7(1), 153-172. http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/31.

Pauline Bunce. (1993). Kepulauan Cocos (Keeling), Masyarakat Melayu di Australia (Padila Haji Ali, pent.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rosliah Kiting, Jemir Kinsom, & Ewon Benedick. (2020). Nilai pendidikan dalam talaala Dusun Tindal. Gendang Alam, 10 (2), 123-135.

Tajul Kelantan. (1958). Perinchis pantun. Lembaran Sastera Lama, Saudara Sinaran Berhad.

Wan Hashim Wan Teh, & A. Halim Ali. (1999). Rumpun Melayu Australia Barat. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zurinah Hassan. (2016). Unsur alam sebagai kias ibarat dalam pantun nasihat, dalam wacana Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Senarai Informan

Adduan bin Andin (58 tahun), di kediaman Kampung Skim Cocos, Kunak, Tawau.

Arsah binti Bidol (77 tahun), di kediaman Kampung Skim Cocos, Kunak, Tawau.

Arsie binti Bidol (77 tahun), di kediaman Kampung Balung Cocos, Tawau, Tawau.

Bahdie binti Itla (76 tahun), di kediaman Kampung Balung Cocos, Tawau.

Mydin bin Salam (78 tahun), di kediaman Kampung Skim Cocos, Kunak, Tawau.

Norini binti Wawassie (72 tahun), di kediaman Kampung Skim Cocos, Kunak, Tawau.

Roland bin Molden (74 tahun), di kediaman Kampung Balung Cocos, Tawau

Romtie bin Itla (81 tahun), di kediaman Kampung Balung Cocos, Tawau.

Published
2022-05-12
How to Cite
Amat, A., Romtie, I., & Salleh, N. (2022). Tema Pantun Cocos di Sabah. PENDETA, 13(1), 33-46. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol13.1.4.2022
Section
Articles