Pemupukan Nilai Budaya Bugis dalam kalangan Guru Bugis Membentuk Nilai Murni dalam Kalangan Pelajar: Satu Kajian Rintis

Authors

  • Asmiaty Amat Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Norsuhaila Sulaiman Univerisiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Abdul Hair Bedu Asis Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Norhuda Salleh Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol15.1.3.2024

Keywords:

Bugis, Guru, murid, Budaya, Nilai murni

Abstract

Guru merupakan agen sosialisasi yang berperanan penting untuk membentuk keperibadian murid selain ibu bapa. Latar belakang dan budaya yang melingkari kehidupan guru menjadi asas kepada guru untuk mendidik murid melalui keperibadian mereka semasa berada di sekolah khususnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Keperibadian mereka ini penting dalam memupuk karakter yang baik pada anak murid. Kajian ini dilakukan terhadap 186 orang guru etnik Bugis di beberapa buah sekolah di sekitar daerah Tawau dan Sandakan. Guru-guru Bugis dipilih kerana dalam budaya Bugis terdapat amalan budaya yang dikenali sebagai asas nilai yang diaplikasikan termasuklah Assitinajang (kepatutan), Reso (usaha), Siri’ Na Pacce/Pesse, Sipurepo’ (berat sama dipikul), Assimellereng (nilai kasih sayang) dan Sipakatau (nilai hormat menghormati). Guru-guru yang dipilih melibatkan guru-guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan yang dipilih secara rawak dengan menggunakan aplikasi goggle form. Analisis menunjukkan bahawa guru Bugis bersetuju bahawa penerapan budaya Bugis kepada pelajar amat penting dan mereka telah menerapkan budaya dalam menghubungkan nilai murni Bugis dari aspek verbal dan nonverbal. Ia memainkan peranan dalam mengintegrasikan murid tidak terhad semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja tetapi turut meliputi aktiviti di luar bilik darjah. Selain itu, didapati budaya Bugis memiliki signifikan dengan nilai murni yang dilihat sesuai untuk diterapkan kepada murid dari sudut perlakuan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Aishah Tamby Omar & Asmiaty Amat. (2017). Etika Kerja Etnik Bugis di Sabah: Satu Kajian di Organisasi Awam. MANU. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Bil 25.

Asmiaty Amat (penyt). Bugis Sabah. (2012). Siri Etnik Sabah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia

Asmiaty Amat, Eko Priyatno, Nordin Sakke, Ramli Dollah & Amrullah Maraining. 2020. peranan Bugis dalam politik Sabah. Kota Kinabalu: Penerbit UMS.

Asmiaty Amat. (2021). Hubungan etnik di Sabah: Satu kajian terhadap cerpen-Cerpen Terpilih penulis Sabah. PENDETA. Vol 12 (2), 44-54. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.2.4.2022

Asriandi, Tenriwaru & Asriani Junaid. (2021). Filosofi Budaya Lempu’ Na Getteng dalam Perspektif Kepatuhan Wajib Pajak Pelaku Usaha Mikro Kecil Menengah. Journal of Management, 4(2), 2021.

Bhasah Abu Bakar & Akma Abd. Hamid. (2004). Peranan Nilai dengan Perlakuan Diri Pelajar- pelajar Sekolah Menengah. Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC), 4-6 September. Langkawi: Hotel City Bayview (Tidak diterbitkan). Di akses daripada https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1897/1/44.pdf.

Kermally, S. (2002). Effective Knowledge Management: A Best Practice Blueprint by Sultan

Kermally. United State.

Magesvaran, U., & Mahamod, Z. (2022). Tahap kesediaan dan kekangan yang dihadapi pelajar sekolah menengah dalam pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. PENDETA. 13 (1),10-21. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol13.1.2.2022

Mohd Fairuz Jafar, Zetty Akmar Amran, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Mat Rahimi Yusof & Hapini Awang. (2020). Kesediaan pembelajaran dalam talian semasa pandemik COVID-19. Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan, hlm. 404-410.Anjuran IPG Kampus Darul Aman

Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid. (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan. MALIM - SEA Journal of General Studies 11, 117-130.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. (2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia: Perspektif

sejarah, keluarga dan pendidikan. Jurnal Hadhari Bil. 3, 61-84.

Noraini Omar, Mohd Aderi Che Noh & Mohd Isa Hamzah. (2014). Kepelbagaian elemen budaya dalam pengajaran pendidikan Islam: Isu dan Kepentingan. The Online Journal of Islamic Education. Di akses daripada www.o-jie.um.edu.my.

Norazri Mohd Zaidin. (2015). Penerapan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah pembentukan sahsiah pelajar di Kolej Kemahiran Tinggi Mara. Penulisan tesis Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Nur Ayuni Nusaibah Husin dan Amir Hasan Dawi. (2019). Peranan sekolah dalam pembentukan perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar. Jurnal Pendidkan Bitara UPSI Vol. 12, 18-28.

Nurnaningsih. (2015). Asimilasi Lontara Pangadereng dan Syari’at Islam: Pola perilaku masyarakat Bugis-Wajo. Al-Tahrir, Vol. 15(1), 21-41.

Sapie Sabilan, Suhana Mohamed Lip, Mohammad Fuad Ishak, Shazarina Zdainal Abidin, Suziana Hanini Sulaiman & Mujaini Tarimin. (2016). Konsep penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Prosiding Persidangan International Conference On Moslem Society 2016 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Bangi.

Syed Abdul Razak Sayed Mahadi. (2016). Analisis strategi kelangsungan hidup migran pekerja

Bugis Indonesia ke Sabah. Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Alam Melayu, Royal Asiatic Society, London, 20 September 2016. London.

Yong Hie Hie. (2019)., Selangor Malaysia. Penulisan Ijazah Doktor Falsafah, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Selangor.

Yakcop Jantan & Chua Yan Piaw. (2017). Kompetensi guru dalam membentuk sahsiah pelajar sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Bil 4 (3), 1-12.

Downloads

Published

2024-02-14

How to Cite

Amat, A., Sulaiman, N., Bedu Asis, A. H., & Salleh, N. (2024). Pemupukan Nilai Budaya Bugis dalam kalangan Guru Bugis Membentuk Nilai Murni dalam Kalangan Pelajar: Satu Kajian Rintis . PENDETA, 15(1), 27–38. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol15.1.3.2024

Most read articles by the same author(s)