Penggunaan Gaya Bahasa Retorik dalam Pelaporan Berita Politik di Berita Televisyen

Authors

  • Julaina Nopiah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Malaysia
  • Nurfatihah Izzati Samarrudin Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol15.2.3.2024

Keywords:

RTM, Astro Awani, Gaya Bahasa, Retorik, Berita Televisyen

Abstract

Berita televisyen merupakan bentuk media yang memiliki potensi besar untuk mempengaruhi pandangan dan pemahaman masyarakat terhadap isu-isu penting. Antara elemen penting dalam penyampaian maklumat melalui berita televisyen adalah gaya bahasa yang digunakan. Gaya bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi yang signifikan dalam membentuk penyampaian dan penerimaan informasi oleh penonton secara berkesan. Salah satu gaya bahasa yang menjadi seni dalam komunikasi adalah retorik. Penggunaan retorik dalam berita televisyen bukan hanya memberikan keberkesanan dalam penyampaian maklumat tetapi turut menambah warna dan kehidupan kepada pengucapan. Walau bagaimanapun, penyalahgunaan seni retorik dalam berita televisyen akan merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap pengamal media. Masalah penerimaan maklumat yang tidak tepat kesan daripada kurangnya kemahiran dalam penggunaan gaya bahasa retorik oleh pihak penutur juga dapat menjejaskan kelancaran aktiviti komunikasi. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan gaya bahasa retorik dalam berita televisyen berkaitan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) ke-15 berdasarkan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown (1993). Kaedah analisis kandungan terhadap 260 buah video berita dari Berita RTM dan Buletin Awani mendapati retorik pemujukan paling dominan digunakan iaitu sebanyak 47.19%. Hal ini membuktikan penggunaan retorik membantu pengamal media dalam menyampaikan idea atau pendapat dengan berkesan. Hasil dapatan kajian juga mendapati kehadiran empat jenis retorik iaitu pendedahan, penghujahan, pemujukan dan penerangan.

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Aristotle. 1991. On Rhetoric: A Theory of Civil Discourse. George A. Kennedy (ed. and trans.), 2nd ed. Oxford University, New York.

Asrul Azuan Mat Dehan & Nor Azuwan Yaakob. 2015. Teknik Retorik dalam Novel Salina, Karya A. Samad Said. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL). Vol. 2, 49-59.

Bernama. 2023, Julai 05. PRN Enam Negeri Diadakan Serentak, Pengundian 12 Ogos, Penamaan Calon 29 Julai. BERNAMA. Dimuat turun daripada https://prn.bernama.com/news-bm.php?id=2203618

Bernard, H.R. 2002. Research Methods in Anthropology: Qualitative and quantitative methods. 3rd edition. California : AltaMira Press ,Walnut Creek.

Bryman, A. 2008. Social Research Methods. 3rd edition. New York: Oxford University Press.

Creswell, J.W. 2009. Research design qualitative, quantitative, and mixed methods approaches . 3rd edition. Los Angeles: Sage

Dewi Samri. 2022. Pengaplikasian teori retorik moden dalam penyampaian ceramah Ustaz Kazim Elias. Jurnal Bahasa, 22(1), 49–76.

Dewi Samri & Haziq Aisha. 2021. Penggunaan bahasa retorik dalam pewahanaan informasi COVID-19 di Negara Brunei Darussalam. Southeast Asia: A Multidisciplinary Journal, 21(2), 95–117.

Enos T. , Brown S. C. 1993. Defining the New Rhetorics. New York: Sage Publications.

Farah Hanini, Midiyana Mohamad & Saliza Ismail. 2022. Wacana Kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-9: Analisis Kaedah retorik. International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics, 6(4), 38–56.

Harian Metro. 2023, Julai 05). PRN Enam Negeri Catat Sejarah Tersendiri. Dimuat turun daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/07/984680/prn-enam-negeri-catat-sejarah-tersendiri

Haziq Aisha. 2023. Bahasa retorik sebagai strategi penyampaian khutbah Jumaat di Negara Brunei Darussalam. Jurnal Bahasa, 23(1), 65–90.

Husna Hidayah Mansor, Nor Azuwan Yaakob & Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2018. Retorik Pemerian dalam Ceramah Agama. International Journal of the World and Civilisation, 6 (2), 29-38.

Kamsiah Abdullah. 2014. Kuasa Bahasa dan Sastera Melayu dalam Tatatingkat Bahasa-Bahasa di Dunia. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN), 2(1), 207–228.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2016). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Yazi Kerya, Fatahiyah Mohd Ishak & Wan Roslina Wan Ismail. (2015). Gaya Bahasa Dalam Teater Tradisional Mek Mulung. International Conference on Malay Heritage and Civilisation, 61-78.

Mokmin Basri. 2012. Model Polisi Maklumat: Kes Malaysia. ResearchGate. https://doi.org/10.13140/RG.2.1.4326.6006

Muhammad Mazlan Abu Bakar & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2016). Retorik Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat dalam Laporan Media Cetak. Jurnal Linguistik. 20, 10-25.

Newman, N., Fletcher, R., Schultz, A., Andi, S., & Nielsen, R. (2020). Reuters Institute digital news report 2020. Reuters Institute for the Study of Journalism, 98–99.

Norida Berhan & Zulkifley Hamid. 2012. Retorik Gaya Dalam Membentuk Karakter Bangsa. Jurnal Linguistik, 15(1).

Nor Azuwan Yaakob, Zaitul Azma Zainon Hamzah, Normaizura Md. Zain, & Syed Nurulakla Syed Abdullah. 2018. Penerapan retorik dalam penyampaian ceramah agama. Jurnal Linguistik, 22(2), 54–67.

Nurulain Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh. 2016. Retorik Naratif dalam Novel “Orang Kota Bharu”. International Journal of the Malay World and Civilisation, 4(2), 13-22.

Nurul Nadiah Zamri & Zulkefli Aini. 2021. Retorik dalam Dakwah Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jurnal Pengajian Islam, 149–158.

Rohaidah Kamaruddin, Muhammad Nur Akmal Rosli, Minah Mohammed Salleh, Zuraini Seruji, Sharil Nizam Sha’ri, Veeramohan Veeraputhran, Manimangai Mani. 2020. Narrative Rhetorical in Hikayat Merong Mahawangsa. PalArch's Journal of Archaeology of Egypt / Egyptology, 17(9), 891 -918.

Siti Nor Atikaf Salleh, Norfarhana Shahira Rosly, Nabillah Bolhassan & Asrul Azuan Mat Dehan. 2016. Keanekaragaman ciri laras bahasa kreatif (sastera) dalam penulisan novel Hujan Pagi. Jurnal Ilmi, 6, 11-28.

Siti Saniah Abu Bakar. 2014. Perbandingan sebagai Strategi Retorik dalam Iklan Radio: Comparison as a Rhetorical Strategy in Radio Advertising. PENDETA, 5, 175–192. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1200.

Wafi Yunus & Zubaidah Shahnuddin. 2023. Penulisan lirik lagu Malique: Satu analisis retorik moden. Jurnal Bahasa Dan Linguistik, 5(1), 15–25.

Downloads

Published

2024-10-11

How to Cite

Nopiah, J., & Samarrudin, N. I. (2024). Penggunaan Gaya Bahasa Retorik dalam Pelaporan Berita Politik di Berita Televisyen. PENDETA, 15(2), 37–51. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol15.2.3.2024