Imam-imam yang Benar oleh Abdul Latip Talib: Satu Kajian Proses Kreatif

Authors

  • Aqhari Isa Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.2.7.2023

Keywords:

Imam-imam yang Benar, Abdul Latip Talib, proses kreatif, Graham Wallas, novel kompilasi

Abstract

Imam-imam yang Benar merupakan sebuah novel kompilasi karya Abdul Latip Talib yang memuatkan kisah empat Imam Mazhab Ahli Sunah Waljamaah iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Hanbali. Pengarang menceritakan kisah kehidupan mereka dengan gaya penulisan yang lebih menarik supaya ia sesuai sebagai sebuah karya kreatif. Tujuan kajian ini dijalankan untuk meneliti peringkat-peringkat proses kreatif Abdul Latip Talib dan kesannya terhadap penceritaan di dalam novel Imam-imam yang Benar. Permasalahan dalam kajian ini ialah proses kreatif pengarang merupakan proses mencipta sesuatu karya yang kreatif namun sejauh manakah proses kreatif Abdul Latip Talib memberi kesan penceritaan terhadap fakta sejarah Islam yang difiksyenkan ini. Kajian ini menggunakan kaedah analisis deskriptif yang berpandukan data kepustakaan dan temu bual. Teori proses kreatif yang digunakan adalah model Graham Wallas dan model ini dikaitkan dengan beberapa pandangan tokoh sarjana lain yang bersesuaian. Hasil kajian mendapati bahawa proses kreatif Abdul Latip Talib mengikuti peringkat-peringkat proses kreatif yang dinyatakan oleh Wallas seperti persediaan, inkubasi, iluminasi dan verifikasi. Setiap peringkat proses kreatif ini memperlihatkan gerak kerja Abdul Latip Talib bergerak secara tersusun. Akhirnya, setiap gerak kerja ini telah memberi kesan penceritaan terhadap novel kompilasi Imam-imam yang Benar seperti aspek dakwah, kisah hidup tokoh, kisah benar, jumlah watak yang banyak, watak utama adalah lelaki, plot penceritaan disusun mengikut kronologi dan gaya bahasa yang puitis.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Halim Ali. (2019). Proses Kreatif A. Samad Said dalam Penghasilan Karya Kreatif: A. Samad Said’s Creative Process with the Creative Works. PENDETA, 3, 155–180.

Abdul Latip Talib. (2011). Imam-Imam yang Benar. Batu Caves: PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Abu Hassan Abdul, Ghazali Din, Wahibah Twahir, & Mohd. Sidik Ariffin. (2016). Retorika Dakwah Dalam Autobiografi - Perjalananku Sejauh Ini dan Kenang-Kenangan Hidup. PENDETA, 7, 9–24.

Ahmad Asy-Syurbasi. (1978). Biografi Imam Mazhab Empat. Kota Bahru: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Ainon Mohd. (2011). Panduan Menulis Novel Teknik Surah Yusuf. Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Burhan Nurgiyantoro. (1995). Teori Pengkajian Fiksi. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.

Danziger, M. K. & Johnson, W. S. (1983). Pengenalan Kritikan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia.

Fatimah Busu. (2003). Memupuk Bakat & Minat Penulisan Kreatif Teori & Proses. Bentong: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Foster, E. M. (1979). Aspek-aspek Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ghiselin, Brewster (ed.). (1983). Proses Kreatif. Jakarta: Penerbit Gunung Jati.

Hafizah Iszahanid. (14 Ogos, 2017). Novel Anugerah Julang Ketokohan Ibu Zain. Berita Harian Online. Bahan diakses pada 23 September 2022, daripada https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2017/08/312135/novel-anugerah-julang-ketokohan-ibu-zain

Halimah Mohamed Ali. (2017). “Nabi Khidir Menyelamatkan Raja Iskandar: Penyatuan Mitos dan Sejarah Islam dalam Sebuah Hikayat”. Proceedings International on Islamic Civilization and Thoughts (INSIST) Toward Civilization Sustainability and Universal Peace. Universiti Sains Malaysia, 209-223.

Halimah Mohamed Ali. (2018). “Novel Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel oleh Abdul Latip Talib Suatu Penilaian Semula Sejarah Islam melalui Genre Fiksyen”. Prosiding Seminar Antarabangsa Penyelidikan mengenai Melayu (SAOEMN) Kali ke-2. Universiti Brunei Darussalam, 347-359.

Hashim Awang. (1989). Novel Hikayat: Struktur Penceritaan Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ismail Hamid. (1995). “Ciri-ciri Cereka Islam” dlm. Nadwah Ketakwaan melalui Kreativiti. Diselenggara oleh S. Jaafar Husin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

K. H. Moenawar Chalil. (1988). Biografi Empat Serangkai Imam Mazhab. Batu Caves: Thinker’s Library Sdn. Bhd.

Md. Salleh Yaapar. (1992). “Kesusasteraan Islam dan Penghayatannya di Malaysia Pada Masa Kini” dlm. Sastera Sufi. Diselenggara oleh Baharuddin Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamed Nazreen Shahul Hameed, Has Alia Hasnan & Rohayah Md. Ali (2023). Pembangunan Sebuah Novel Sejarah: Satu Analisis Tekstual terhadap Tun Perak Paduka Raja. International Journal of Malay World and Civilisation, 11(1), 51-66.

Muhammad Abdurrahman al-Khumais. (1998). Aqidah Empat Imam Mazhab. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.

Rosmah Derak. (2014). Mendokumentasi Sejarah dalam Novel 1515: Satu Penulisan Semula daripada Perspektif Golongan Subaltern. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa. 21, 125-147.

Shahnon Ahmad. (1989). Gubahan Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Shipley, Joseph. T. (1970). Dictionary of World Literary Terms. London: George Allen & Unwin Ltd.

Temu bual bersama Saudara Abdul Latip Talib (Penulis Novel), di Jelebu, Negeri Sembilan pada jam 8:30 malam, 12 April 2019.

Wallas, Graham. (1926). The Art of Thought. London: Watts & CO.

Wallas, Graham. (1976). “States in the Creative Process” dlm. The Creativity Question. Disunting oleh A. Rottenberg & C. R Hausman. Durham, N. C.: Duke University Press.

Downloads

Published

2023-10-25

How to Cite

Isa, A. (2023). Imam-imam yang Benar oleh Abdul Latip Talib: Satu Kajian Proses Kreatif. PENDETA, 14(2), 83–96. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.2.7.2023

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)