Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran dalam Talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh Pandemik COVID-19
Teacher’s View on Online Learning through Home Based Learning approach (HBL) during period COVID-19 Pendemic
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.edisikhas.4.2020Keywords:
Home Based Learning, persepsi guru, pembelajaran dalam talianAbstract
Pembelajaran dalam talian bukanlah sesuatu yang baru kepada guru-guru sebelum pandemik Covid-19 ini berlaku, namun kaedah pembelajaran ini hanya sebagai sokongan kepada pembelajaran konvensional yang dijalankan di bilik darjah. Apabila berlaku pandemik ini, pembelajaran dalam talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) telah menjadi satu keperluan kepada para pendidik. Oleh hal yang demikian, semua guru perlu melaksanakan sepenuhnya pembelajaran dalam talian bagi menggantikan pembelajaran secara bersemuka. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan HBL semasa tempoh pandemik Covid-19. Seramai 351 orang guru di Zon Bangsar Pudu, Kuala Lumpur dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Data kuantitatif dikumpul melalui borang soal selidik berdasarkan lima skala Likert yang mengandungi 18 soalan. Hasil kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan menunjukkan bahawa nilai min keseluruhan ialah 3.70, iaitu majoriti guru memberi pandangan yang positif terhadap pembelajaran secara atas talian semasa tempoh pandemik ini. Guru-guru juga bersedia untuk melaksanakan pembelajaran dalam talian dengan menggunakan modul bercetak dan bahan pembelajaran yang terdapat di internet seperti Youtube meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Antara cabaran yang dihadapi ialah kesukaran guru mewujudkan komunikasi dua hala dengan pelajar, kurangnya sokongan pembelajaran daripada ibu bapa dan penjaga dan kurang pengetahuan serta kemahiran guru untuk melaksanakan pembelajaran dalam talian. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak pentadbir, guru dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merancang sesi pembelajaran dalam talian kecemasan menggunakan teknologi pendidikan yang ada seiring dengan peredaran masa kini
Downloads
References
Arifah Prima & Iis Prasetyo. (2020). Persepsi Guru Dampak Pandemi Covid-19 terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Daring di PAUD. Jurnal Obsesi: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 5(1), 633-640.
Gravetter, F. J., & Wallnau, L. B. (2016). Statistics For The Behavioral Sciences. Cengage Learning.
Irfan Fauzi & Iman Hermawan Sastra Khusuma. (2020). Teachers’ elementary school in online learning of COVID-19 pandemic conditions. Jurnal Iqra': Kajian Ilmu Pendidikan, 5(1), pp.58-70.
Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Introduction To The Psychology Of Children And Adolescents. Shah Alam: Education Directions.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), (2020). Kes Covid di Malaysia. Diperoleh dari http://covid-19.moh.gov.my/
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W.(1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30,607-610. https://doi.org/10.1177/001316447003000308
Lapada Aris Alea, Miguel Frosyl Fabrea, Robledo Dave Arthur Roldan & Alam Zeba Farooqi.(2020). Teachers’ Covid-19 awareness, distance learning education experiences and perceptions towards institutional readiness and challenges. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 19(6), pp.127-144.
Lekhraj Rampal, M.B.B.S. & Seng, L.B., (2020). Coronavirus disease (COVID-19) pandemic. Med J Malaysia, 75(2), p.95.
Louis Cohen, Lawrence Manion & Keith Morrison. (2013). Research methods in education. Routledge.
Li, M., An, Z., & Ren, M. (2020). Student-centred webcast+ home-based learning model and investigation during the covid-19 epidemic. Inteligencia Artificial, 51-65.
Mohammad Ziaul Haq, (2020). E-Learning During the Period of Pandemic (COVID-19) in the Kingdom of Saudi Arabia: An Empirical Study. American Journal of Educational Research, 8(7), pp.457-464.
Mohammed Amin Almaiah, Ahmad Al-Khasawneh & Ahmad Althunibat., (2020). Exploring the critical challenges and factors influencing the E-learning system usage during COVID-19 pandemic. Education and Information Technologies, p.1.
Muhammad Izham Mohd Hamzah & Attan, N., (2007). Tahap kesediaan guru sains dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sains Humanika, 46(1).
Noriha Basir, Ina Surayani Ab Rahim & Mohamad Zaki Abdul Halim. (2020). Analisis Tingkah Laku Sosiologi Masyarakat Berasaskan Teori Interaksionisme Melalui Perangkaan Data Kes Covid-19 di Malaysia. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, pp.11-31.
Pallant, J. (2010). SPSS survival manual - a step by step guide to data analysis using SPSS for windows (version 10). Buckingham Open University Press.
Radzi Jidin, (2020). Teks ucapan Sidang Media Pembukaan Semula Sekolah bagi Murid Bukan Kelas Peperiksaan Awam; 1 Julai 2020.
Ramakanta Mohalik & Sonali Suparna Sahoo, (2020). E-Readiness and Perception of Student Teachers’ Towards Online Learning in the Midst of COVID-19 Pandemic. Available at SSRN 3666914.
Rasmitadila, Rusi Rusmiati Aliyyah, Reza Rachmadtullah, Achmad Samsudin, Ernawulan Syaodih, Muhammad Nurtanto & Anna Riana Suryanti Tambunan. (2020). the perceptions of primary school teachers of online learning during the COVID-19 pandemic period: A case study in Indonesia. Journal of Ethnic and Cultural Studies, 7(2), pp.90-109.
Rohayati Junaidi, Tengku Intan Marlina & Madiawati Mamat. (2020). pandemik COVID-19 dalam persekitaran kanak-kanak menerusi engkaulah adiwiraku. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 31-45.
Salim, N., Chan, W.H., Mansor, S., Bazin, N.E.N., Amaran, S., Faudzi, A.A.M., Zainal, A., Huspi, S.H., Khoo, E.J.H. & Shithil, S.M., (2020). COVID-19 epidemic in Malaysia: Impact of lock-down on infection dynamics. medRxiv.
Sandeep Krishnamurthy. (2020). The Future of Business Education: A Commentary in the Shadow of the Covid-19 Pandemic. Journal of Business Research.
Shirley Anne. S. Paul. A. S., Hart, P., Augustin, L., Clarke, P. J., & Pike, M. (2020). Parents’ perspectives on home-based character education activities. Journal of Family Studies, 1-23.
Siti Salwa Atan & Jamaludin Badusah, (2016). Aplikasi Rangkaian Sosial Google Plus dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(1), .31-41.
The Prime Minister’s Special Message On Covid-19 -16 March (2020). [cited March 2020]. https://www.pmo.gov.my/2020/03/ perutusan-khas-yab-perdana-menteri-mengenai-covid-19-16-mac-2020/.
Ummu Salma Mohiddin & Fariza Khalid., (2014) September. Tahap Pengetahuan Guru Sekolah Rendah dalam penggunaan VLE FROG untuk pengajaran & pembelajaran. In The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014) (pp. 17-18).