Pendekatan Berpusatkan Pelajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Membentuk Kemahiran Insaniahpelajar Di Universiti Awam
Student-Centered Approach in the Teaching and Learning of the Malay Language to Develops Soft Skills in Students of Public University
Keywords:
kemahiran insaniah, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, pendekatan berpusatkan pelajar, soft skills, teaching and learning the Malay language, student-centered approachAbstract
Kertas kerja ini membincangkan pelaksanaan pendekatan berpusatkan pelajar yang dilihat berpotensi dalam membentuk kemahiran insaniah pelajar di Universiti Awam. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual untuk proses pengutipan data. Peserta kajian terdiri daripada seorang pensyarah Bahasa Melayu dan 21 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu di sebuah Universiti Awam. Data dianalisis berdasarkan kod dan tema yang muncul daripada data temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan berpusatkan pelajar (PBP) yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat menggalakkan pembentukan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar, khususnya kemahiran interpersonal, kemahiran komunikasi dan sosial, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran teknologi maklumat. Kemahiran insaniah membolehkan seseorang pelajar menyesuaikan diri bukan sahaja dengan perubahan dan perkembangan dalam sektor pekerjaan kelak, tetapi juga dalam menghadapi kehidupan seharian. Oleh itu, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah, setiap pelajar amat digalakkan untuk menjadi pelajar yang berketrampilan dan mempunyai kemahiran insaniah yang baik demi menghadapi cabaran global dan pasaran kerja yang semakin mencabar.
This research paper discusses the implementation of a student-centered approach which has a potential in developing the soft skills of students in public universities. This qualitative study used observations and interviews in the process of data collection. The participants of this study consisted of a Malay language lecturer and 21 students studying Bachelor of Malay Education. Data was analysed based on the code and the themes that emerged from the interviews and observations. The findings revealed that the student-centered approach (PBP) implemented in teaching and learning the Malay language can encourage the development of soft skills among students, especially interpersonal skills, communication and social skills, thinking and problem solving skills, leadership skills, teamwork skills and information technology skills. Soft skills not only enable students to adapt to changes and developments in the forthcoming employment sector, but also in dealing with everyday life. Therefore, in order to produce a balanced human capital in terms of academics and character, students are encouraged to be competent and acquire the relevant soft skills in order to face global challenges and an increasingly challenging job market.