Kesediaan Guru Dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Terhadap Pengajaran PenulisanKarangan Murid Bukan Melayu

Teachers` Readiness in Implementing Thinking Skills in Essay Writing Instruction for Non-Malay Students

Authors

  • Abdul Rasid Jamian Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Malaysia.
  • Shamsudin Othman Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Malaysia.
  • Azhar Md. Sabil Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Malaysia.
  • Juanes Masamin Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Malaysia.

Keywords:

kemahiran berfikir, penulisan karangan, murid-murid bukan Melayu sekolah kebangsaan, pencapaian penulisan karangan, thinking skills, essay writing, non-Malay students of national schools, essay writing achievement

Abstract

Kemahiran berfikir secara penyebatian dalam penulisan karangan mendapati memberi kesan terhadap pencapaian murid, terutamanya murid bukan Melayu. Sehubungan itu, guru-guru perlu mahir untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti cara guruguru mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran penulisan karangan untuk murid-murid bukan Melayu peringkat sekolah rendah tahun 5. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap kepentingan pengaplikasian kemahiran berfikir dalam penulisan karangan min adalah 4.14, (S.P. = .48). Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru berpengetahuan dan faham tentang konsep mengaplikasikan kemahiran berfikir adalah pada tahap yang tinggi iaitu min 4.07, (S.P. = .54). Kesimpulannya, penguasaan kemahiran berfikir adalah penting untuk melahirkan murid-murid yang berkebolehan dan berketrampilan dalam menulis karangan khususnya dalam kalangan murid bukan Melayu untuk mengangkat martabat pendidikan bahasa Melayu bertaraf dunia.

 

Thinking skills inculcated in writing essay has compounding impact on students’ achievement. Therefore, teachers need to be skillful to apply thinking skills in the teaching and learning of Malay Language especially among nonMalay pupils. This study was conducted to identify how teachers teaching thinking skills in essay writing for primary school non Malays pupils in standard 5. The findings indicated that teachers' perceptions of the importance of applying thinking skills in essay writing has the of mean 4.14, (SD =. 48). In addition, the study also showed that teachers are knowledgeable and understand the concept of thinking skills are high mean 4:07 (SD = .54). In conclusion, thinking skills is essential to produce students who are capable and competent in writing especially among non-malay students. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2016-11-17

How to Cite

Jamian, A. R., Othman, S., Md. Sabil, A., & Masamin, J. (2016). Kesediaan Guru Dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Terhadap Pengajaran PenulisanKarangan Murid Bukan Melayu: Teachers` Readiness in Implementing Thinking Skills in Essay Writing Instruction for Non-Malay Students. PENDETA, 7, 1–8. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1187