Penerapan Nilai Murni Dalam Iklan Televisyen

Implementation of Good Values in Television

Authors

  • Zuhana Amatol Akrma binti Hapipi
  • Siti Saniah binti Abu Bakar Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

nilai murn, iklan, televisyen, values, television, commercials, advertisement

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi meneliti nilai murni dalam iklan televisyen terbitan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berdasarkan amalan 16 nilai murni yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (1994) dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan iaitu memilih 10 iklan televisyen terbitan KKMM dari tahun 2008 hingga 2012 dalam menjayakan Kempen Budi Bahasa dan Amalan Nilai Murni kepada masyarakat Malaysia. Berdasarkan kaedah analisis kandungan yang digunakan menunjukkan bahawa terdapat sepuluh nilai murni daripada 16 nilai murni yang dikemukakan oleh KPM (1994) dalam pengajaran bahasa Melayu. Antaranya ialah baik hati, hemah tinggi, hormat-menghormati, kerajinan, kerjasama, rasional, kejujuran dan kesyukuran, kasih sayang serta semangat bermasyarakat. Sementara nilai murni yang tidak dikemukakan ialah kasih sayang, kebebasan, keberanian, keadilan, kesederhanaan dan berdikari serta kebersihan fizikal dan mental. Didapati nilai tolong-menolong ditonjolkan dalam iklan, namun begitu nilai tersebut tidak disenaraikan dalam 16 nilai murni oleh KPM. Dapat dikatakan bahawa, iklan televisyen dapat berperanan untuk memupuk dan menerapkan nilai murni kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul demi masa depan negara.

 

This study was conducted to examine the values in television commercials derivative Ministry of Communications and Multimedia Commission (KKMM) based on the values of 16 practices submitted by the Ministry of Education (MOE) (1994) in teaching the Malay language. The study used purposive sampling of a selection of 10 television commercials KKMM issues from 2008 to 2012 in the government’s Courtesy Campaign Values and Practices of the Malaysian society. Based on the method of content analysis, there are ten values of 16 values submitted by the Ministry of Education (1994) in Malay language teaching. Such as is good-hearted, high courtesy, respect, diligence, cooperation, rationality, honesty and gratitude, love and spirit socialization. However, values are not presented is love, freedom, courage, justice, temperance and self-reliance as well as physical cleanliness and mental. The value of helping featured in the ad, so the value is not listed in the 16 values by KPM. That could be argued that television advertising can serve to promote and implement the values of society, especially the students to produce superior human capital for the future of the country.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2013-11-19

How to Cite

Hapipi, Z. A. A. binti, & Abu Bakar, S. S. binti. (2013). Penerapan Nilai Murni Dalam Iklan Televisyen: Implementation of Good Values in Television. PENDETA, 4, 180–201. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1171