Penyerapan Bahasa dalam Pertembungan Budaya: Kesalingan Pinjam Meminjam dalam kalangan Tiga Kelompok Masyarakat di Singapura

Language Absorption in Cultural Contact: Lending among Three Community Groups in Singapore

Authors

  • Roksana Bibi Abdullah National Institute of Education Nanyang Technological University Singapor

Keywords:

peminjaman kata, percampuran kod, bahasa rojak, masyarakat majmuk, lexical borrowing, code-mixing, mixed language, diverse society

Abstract

Pertembungan budaya dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa sering memberi kesan yang pelbagai. Interaksi masyarakat pengamal budaya yang berbeza-beza ini akan pengaruh mempengaruhi di antara satu sama lain dan dalam satu jangka waktu yang panjang, pengaruh asing itu akan membudaya dan meresap dalam amalan masyarakat yang dipengaruhinya. Bahasa merupakan salah satu daripada unsur yang sering pengaruh - mempengaruhi masyarakat yang bertembung sehingga menimbulkan fenomena pinjam meminjam bahasa. Peminjaman ini boleh dilihat dari dua sudut iaitu pinjaman secara formal yang diusahakan oleh badan yang berautonomi dalam hal kebahasaan ataupun penggunaan bahasa atau bahasa-bahasa asing secara sewenang-wenangnya dalam kalangan masyarakat pengguna sesuatu bahasa sebagai gejala alih kod dan percampuran kod. Di samping bahasa Melayu (BM) yang telah menerima pengaruh bahasa-bahasa asing, masyarakat Cina dan India yang hidup di samping masyarakat Melayu di Singapura juga telah dipengaruhi oleh bahasa Melayu dalam penggunaan bahasa mereka sehari-harian. Kajian yang dijalankan melalui soal selidik, temu ramah dan pemerhatian ini akan mencungkil sejauh manakah BM mempengaruhi komunikasi tak formal kaum Cina dan India di Singapura. Kata-kata BM yang digunakan oleh pengguna bahasa asing sewaktu mereka bertutur dalam bahasa Inggeris (BI) atau bahasa ibunda mereka akan dicungkil dan analisis bagi melihat jenis kata BM yang diambil, konteks penggunaannya dan sebab musababnya.

 

Contact between people from different cultural backgrounds usually lead to various changes in the respective cultural systems. The effects of culture contact often leads to various kinds of influence that are generally characterized under the rubrics of acculturation. Language is one of the elements which has a major influence on cultural groups which can initiate and lead to linguistic borrowing. It is generally acknowledged that lexical borrowing is governed largely by socio-cultural factors. Besides lexical borrowing, code-mixing may also occur within a multilingual setting where speakers share more than one language. This paper specifically looks into language influence among the Singaporean Malays, Chinese and Indian. Data collected through questionnaires, interviews and observations revealed the extent of the language influence within the identified communities.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2015-12-16

How to Cite

Abdullah, R. B. (2015). Penyerapan Bahasa dalam Pertembungan Budaya: Kesalingan Pinjam Meminjam dalam kalangan Tiga Kelompok Masyarakat di Singapura: Language Absorption in Cultural Contact: Lending among Three Community Groups in Singapore. PENDETA, 6, 137–161. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1162