Analisis Ungkapan Perbandingan dalam Diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah

Comparison Expression Analysis in Diwan Abi Tammam and Syair Siti Zubaidah

Authors

  • Nazri Atoh Jabatan Bahasa Moden, Fakulti Bahasa dan Komunikasi,Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  • Zamri Arifin Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Zubir Idris Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Keywords:

ungkapan perbandingan, Diwan Abi Tammam, syair siti zubaidah, persamaan, perbezaan, comparison expression, similarities, differences

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meneliti ungkapan perbandingan yang digunakan dalam Diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah. Kajian ini turut menganalisis persamaan dan perbezaan ungkapan perbandingan yang terdapat dalam Diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah. Ungkapan perbandingan dalam kajian ini merujuk kepada penggunaan bahasa secara bandingan dengan membandingkan antara dua perkara yang berbeza pada hakikatnya, tetapi mempunyai persamaan yang tertentu. Pendekatan kepustakaan digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian daripada pelbagai sumber. Pendekatan perbandingan pula digunakan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan ungkapan perbandingan yang terdapat dalam Diwan Abi Tammamdan Syair Siti Zubaidah. Terdapat persamaan fungsi antara ungkapan perbandingan dalam Diwan Abi Tammam dengan Syair Siti Zubaidah, tetapi istilah yang digunakan berbeza. Selain itu, pembahagian ungkapan perbandingan dalam Diwan Abi Tammam adalah pelbagai. Walau bagaimanapun, ungkapan perbandingan dalam Syair Siti Zubaidah adalah sebaliknya.

 

This study is conducted to examine the expression of comparison used in Diwan Abi Tammam and Syair Siti Zubaidah. This study also analyzes the similarities and differences found in the comparison expression used in Diwan Abi Tammam and Syair Siti Zubaidah. Comparison expression in this study refers to the use of language as a comparison to compare between two different things in reality, but have certain similarities. Library approach is used in this study to obtain information related to the study of various sources. Comparative approach is used to analyze the similarities and differences found in the comparison expression used in Diwan AbiTammamand Syair Siti Zubaidah. In this study, it was found that there were similarities between the function of comparison expression used in Diwan Abi Tammam and Syair Siti Zubaidah, however the terms used were different. In addition, there are a variety of divisions of comparison expression in Diwan Abi Tammam but it is vice versa in Syair Siti Zubaidah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2015-12-14

How to Cite

Atoh, N., Arifin, Z., & Idris, Z. (2015). Analisis Ungkapan Perbandingan dalam Diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah: Comparison Expression Analysis in Diwan Abi Tammam and Syair Siti Zubaidah. PENDETA, 6, 118–136. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1161