Pemilihan Buku Teks Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Berasaskan Teori Sosial

The Selection of Textbooks on Malay Literary Subjects based on Social Theory

Authors

  • Siti Khariah Binti Mohd Zubir Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Kurang minat, Buku Teks, kriteria, kesesuaian, kurikulum pengajaran, no interest, textbook, criteria, suitability, teaching curriculum

Abstract

Masalah pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia bukan lagi satu perkara baru. Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah bertahun-tahun menjadi satu mata pelajaran pilihan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Mata pelajaran ini disogokkan kepada pelajar ‘yang tidak ada’ mata pelajaran yang lain untuk diambil dalam peperiksaan. Buku teks Kesusasteraan Melayu terlalu banyak, iaitu lima buah buku digunakan bagi pelajar tingkatan empat dan lima. Perkara ini menyebabkan pelajar kurang berminat untuk mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Sementara bahasa yang digunakan dalam buku teks itu agak tinggi menjadikan pelajar kurang faham dengan isi kandungannya. Biasanya pelajar yang mengambil mata pelajaran ini ialah pelajar yang lemah dan kadangkala tidak boleh membaca dengan lancar. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kriteria dan kesesuaian teks Kesusasteraan Melayu dengan kurikulum pengajaran dan pembelajaran.

 

Problems occurred in the teaching and learning of the Malay Literature is no longer a new issue in the current educational matter. Malay Literature has been one of the elective subjects in the Malay Certificate of Education (SPM) and Higher School Certificate (STPM). This subject has been provoked as the last choice subject among the students. There are already too many Malay Literature textbook being used by our students which is a burden to them. Students have no interest in choosing the Malay Literature subject. The language being used in the textbook is much higher that make it difficult for the students to understand the content of the book. This subject is normally being chosen by weaker students who have difficulties in reading that make them facing bigger problem to understand the subject. The objective of this research is to identify the criteria and suitability of the Malay Literature textbook in accordance to the teaching and learning of the Malay Literature subject.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2013-11-10

How to Cite

Mohd Zubir, S. K. B. (2013). Pemilihan Buku Teks Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Berasaskan Teori Sosial: The Selection of Textbooks on Malay Literary Subjects based on Social Theory. PENDETA, 4, 25–41. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1125