Nilai Bahasa Melayu sebagai Penggerak Budaya Perpaduan dalam Kalangan Masyarakat Berbilang Kaum

Value of Malay Language as an Aid for Culture

Authors

  • Adenan Ayob

Keywords:

nilai bahasa Melayu, integriti asas budaya, pemupukan perpaduan, memperteguh kebudayaan kebangsaan, aspirasi Perlembagaan Negara, value of Malay language, the basic integrity of culture, nurturing unity, reinforcing the national culture, aspirations of Constitution

Abstract

Nilai bahasa Melayu penting dalam semua aspek kehidupan bermasyarakat, apatah lagi fungsinya berkait rapat dengan unsur keutuhan perpaduan. Para sarjana psikolinguistik mengkaji nilai bahasa dengan cara mengesan proses minda atau otak manusia memperoleh, memahami, menyimpan dan menggunakannya. Objektif kajian ini digubal untuk menganalisis kepentingan nilai bahasa Melayu dalam menggarab budaya cinta akan perpaduan. Kajian ini turut mengenal pasti cara sesuai berasaskan nilai bahasa Melayu untuk meningkatkan integriti asas budaya bagi pemupukan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Kaedah analisis kandungan yang berasaskan reka bentuk kualitatif digunakan untuk mencapai sasaran penggubalan objektif penyelidikan ini. Analisis pendapat tokoh-tokoh bahasa, budaya dan kebudayaan dilakukan dengan merujuk kepada bahan-bahan ilmiah seperti buku dan laporan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai bahasa Melayu menjadi teras utama dalam menjana perhubungan serta persefahaman antara satu kaum dengan satu kaum yang lain. Dasar-dasar yang dibentuk oleh pemerintah amat penting dalam memastikan nilai bahasa Melayu sentiasa dimartabatkan. Saranan yang penting ke arah lonjakan nilai bahasa Melayu adalah dengan memperteguh Kebudayaan Kebangsaan dari aspek penggunaannya, di samping memperjelas kedudukannya menerusi aspirasi Perlembagaan Negara.

 

Value of Malay language is important in all aspects of community life. In other circumstances, the value of Malay language is closely related to the integrity and unity. Psycholinguistics scholars studying the language by way of the mind or brain to detect the humans to acquire, understand, store and use it. The objective of this study is to analyze the importance of the Malay language in culture towards sowing the love of unity. This study also identified ways to enhance the integrity of cultural foundation for nurturing unity among various ethnic groups in the country. Content analysis method based on qualitative design was used to achieve the research objectives. Analysis of figures upon opinion towards language and culture is done by reference to educational materials. The results showed that the Malay language became the main thrust in generating communication and understanding between the races with one race to another. Policies that were established by the government are crucial in ensuring the Malay language is always upheld. Important recommendations showed the soaring value of the Malay language is to strengthen the National Culture in terms of its use, as well as to clarify its position in the aspirations of Constitution.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2012-11-09

How to Cite

Ayob, A. (2012). Nilai Bahasa Melayu sebagai Penggerak Budaya Perpaduan dalam Kalangan Masyarakat Berbilang Kaum: Value of Malay Language as an Aid for Culture. PENDETA, 3, 39–51. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1114