Hubungan Antarabangsa antara Malaysia dan China Melalui Pendidikan: Cabaran dan Usaha Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol15.2.6.2024Keywords:
Malaysia-China, bahasa Melayu, pembangunan, cabaran, usahaAbstract
Malaysia dan China telah menjalinkan hubungan diplomatik secara rasmi sejak tahun 1974. Dalam bidang pendidikan, Pengajian Bahasa Melayu mula bertapak di negara China pada tahun 1961. Hingga kini, terdapat 17 buah institusi pengajian tinggi di seluruh China telah menawarkan program Pengajian Melayu. Kajian ini mengenal pasti cabaran yang wujud dalam proses pengantarabangsaan bahasa Melayu dan meneliti usaha yang dilakukan untuk mengembangkan bahasa Melayu di China. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan dua kaedah pengumpulan data, iaitu catatan lapangan, dan temu bual. Kajian yang bersifat kualitatif deskriptif ini melibatkan 10 orang tenaga pengajar, 50 orang pelajar dari beberapa universiti di China, dan Pengerusi Sekretariat Penggerak Pengajian Melayu China sebagai peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai cabaran dalam proses perkembangan bahasa Melayu di China, iaitu kurikulum yang tidak seragam, kekurangan bahan pengajaran yang sesuai, tiada aplikasi mudah alih, perbezaan tahap penguasaan pelajar, dan kurangnya motivasi dalam kalangan pelajar. Dapatan juga menunjukkan pelbagai usaha telah dilakukan dalam usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu di China. Isu yang dihadapi oleh tenaga pengajar dan pelajar ini dapat diketengahkan selain mencadangkan penambahbaikan demi masa hadapan bahasa Melayu di negara China. Implikasi kajian ini diharapkan dapat memberi input dan maklumat kepada kementerian berkaitan di China dan Malaysia, DBP dan tenaga pengajar. Perkembangan bahasa Melayu di China benar-benar memberi kesan terhadap hubungan diplomasi Malaysia dan China.
Downloads
References
Ab. Razak Ab. Karim. (2012). Pengintenasionalan bahasa Melayu Oleh Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya di China, Thailand dan Singapura. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Internasional, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Amirul Mukminin Mohamad. (2020). Quizizz sebagai e-penilaian norma baharu terhadap penutur antarabangsa dalam kursus bahasa Melayu. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, Edisi Khas, 11, 80-92.
Awang Sariyan. (2011) . Kursus Wajib Bahasa Melayu kepada Pelajar Asing: Mengharapkan Susulan Konkrit. Dimuat turun daripada http://klikweb.dbp.my/?p=1330.
Fikri Ghafar & Sa’adiah Ma’alip. (2020). Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Universiti Yunnan Minzu di UKM dan USM. Jurnal Melayu, Isu Khas Disember, 548-564.
Hartmann, R.R.K. & Stork, F.C. (1976). Dictionary of Language and Linguistics. London: Applied Science Publisher.
Hishamudin Isam, Abdonloh Khreeda-oh dan Mashetoh Abd Mutalib. (2017). Bahasa Melayu di Thailand: Cabaran dan Saranan Penyelesaiannya, Jurnal Pertanika Mahawangsa, 4(1), 109-122.
Idrus Muhammad. (2007). Metode Penelitian Ilmu Sosial. Yogyakarta: UII Press.
Inlow, G.M. (1996). The Emergent in Curriculum. John Wily. New York.
Kerr, J.F. (1968). Changing the curriculum. London: University of London Press.
Kusom Yamirudeng & Zulkifli Osman. (2019). Penilaian formatif bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing di Thailand. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 10, 91-105.
Li,W.J. & Zaiton Zakarya. (2019). Pembangunan Kurikulum Bersepadu Pendidikan Bahasa Melayu Di Universiti Pengajian Asing Guangdong, China. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu Kedua, Universiti Putra Malaysia.
Maimunah Haji Omar dan Norizah Ardi. (2003). Pengajaran Bahasa Melayu untuk Penutur Asing: Pengalaman Perancis dan Finland dalam Pengajar Bahasa Melayu untuk Penutur Asing. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mardian Shah Omar & Mashrom Omar. (2019). Kemahiran komunikasi penutur asing: Aplikasi pendekatan telefon pintar dan internet. Jurnal Komunikasi. 35(4). 353-367.
Masri Singarimbun dan Sofyan Efendi (ed). (1995). Metode Penelitian Survei. Jakarta: LP3ES
Mesyuarat Meja Bulat Perkembangan Jurusan Bahasa Melayu di China Kali Pertama di BFSU. Dimuat turun daripada http://malay.cri.cn/20190107/43ae319f-52ce-c963-e1aa-f268cf0d8679.html.
Moeller, A. K., & Catalano, T. (2015). Foreign Language Teaching and Learning. In J.D. Wright (ed.), International Encyclopedia for Social and Behavioral Sciences (2nd Edition). Oxford: Pergamon Press.
Nur Hafizah Binti Razali dan Fariza Binti Khalid. (2021). Penggunaan aplikasi pembelajaran mudah alih dalam pembelajaran matematik bagi pelajar sekolah menengah. Malaysian Journal of Social Science and Humanities, 6(6), 73-85.
Nurul Afifah Adila Mohd Salleh. 2021. Pembelajaran bahasa Melayu: tinjauan terhadap Pelajar di Universiti Pengajian Asing Hebei (HFSU), Shijiazhuang, China. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Peradaban dan Warisan Melayu (PERWARA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), September 2021.
Nurul Afifah Adila Mohd Salleh. (2022). Sorotan strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu pelajar asing. Webinar Pelestarian Warisan Budaya di Persada Global, Universiti Malaysia Kelantan.
Patton, R. and Spear, R. (1980). Stomatal influences on white pine blister rust infection. Phytopath. Medit, 19:1-7.
Salinah Jaafar & Rohaidah Haron. (2016). Kesilapan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Yunnan di Akademi Pengajian Melayu. Jurnal Melayu, 15(2), 196-209.
Sharpless, Taylor and Vavoul. (2007). A Theory of Learning for the Mobile Age. The Sage Handbook of Elearning Research: Sage publications
Siti Saniah Abu Bakar. (2013). Kekangan pelajar asing dalam menggunakan kemahiran bertutur bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(1), 52-60.
Su, Y.Y. (2020). Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di China. 2020. Perbincangan Meja Bulat secara dalam talian.
Weiner, B. 1995. Judgments Of Responsibility: A Foundation For A Theory Of Social Conduct. New York: Guilford.
Zaiton Zakarya. (2021). Pengajaran dan pembelajaran dalam talian antara Malaysia dan China sewaktu pandemik Covid-19: Isu dan Cabaran. Seminar Antarabangsa Terjemahan, Bahasa dan Budaya Melayu-China III (SATBBMC III).
Zaiton Zakarya & Hawa Mahfuzah Rusidin. (2019). Isu dan cabaran pengajaran bahasa Melayu di luar negara: Pengalaman di Universiti China. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, Universiti Malaysia Perlis.
Zhang, X. (2018). Mempelajari dan Menggunakan Bahasa Melayu sebagai Penutur Asing dan Cabarannya: Pengalaman di Beijing Foreign Studies University dan China Radio International. Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Meja Bulat Bahasa Melayu untuk Penutur Asing: Pusat Penyelidikan Langkawi Universiti Kebangsaan Malaysia. 24-25 Oktober 2018, 213-240
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Zaiton Zakarya, Salinah Ja’afar, Mardian Shah Omar, Nurul Afifah Adila Mohd Salleh
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.