Archives
This journal has not published any issues.
MUNSYI: Jurnal Sejarah dan Kepolitikan merupakan jurnal yang menggalakkan perbahasan akademik dalam kalangan para sarjana, ahli akademik, penyelidik dan mahasiswa. Jurnal ini memfokuskan perbincangan yang meliputi tajuk sejarah dan kepolitikan dalam konteks yang luas. Segala tema yang berkaitan sejarah dan kepolitikan menjadi cakupan dalam jurnal ini tanpa sempadan geografi dan kronologi. Jurnal ini diterbitkan dua kali setahun dalam bentuk terbitan elektronik.
Matlamat jurnal ini adalah untuk mengupas isu semasa berkaitan sejarah dan perihal politik yang berkait dengan sejarah. Ia mengisi keperluan penerbitan jurnal yang khusus dalam bidang yang dimaksudkan. Jurnal ini menawarkan platform perbahasan bagi mencambahkan ilmu yang berkaitan bidang sejarah dan kepolitikan. Sumbangan artikel dialu-alukan daripada para sarjana, ahli akademik, penyelidik dan mahasiswa daripada pelbagai institusi, berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan yang terorganisasi.
Copyright © 2023 Pejabat Karang Mengarang (UPSI Press), Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Best viewed: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 and above with screen resolution 1024 x 768
Last updated: January 20, 2023
This OJS site and its metadata are licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License