Submissions

Login or Register to make a submission.

Submission Preparation Checklist

As part of the submission process, authors are required to check off their submission's compliance with all of the following items, and submissions may be returned to authors that do not adhere to these guidelines.
  • The submission has not been previously published, nor is it before another journal for consideration (or an explanation has been provided in Comments to the Editor).
  • The submission file is in OpenOffice, Microsoft Word, or RTF document file format.
  • Where available, URLs for the references have been provided.
  • The text is single-spaced; uses a 12-point font; employs italics, rather than underlining (except with URL addresses); and all illustrations, figures, and tables are placed within the text at the appropriate points, rather than at the end.
  • The text adheres to the stylistic and bibliographic requirements outlined in the Author Guidelines.

Author Guidelines

Sila penuhi senarai semak berikut bagi memudahkan urusan penghantaran dan semakan artikel jurnal.

  • Artikel boleh dihantar dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
  • Artikel yang dihantar perlu disertakan dengan surat iringan yang menyatakan alasan yang mewajarkan artikel tersebut diterima untuk diterbitkan dalam jurnal MUNSYI.
  • Setiap artikel berbahasa Melayu mestilah disertakan dengan abstrak dalam bahasa Inggeris. Begitu juga sebaliknya.
  • Sila sertakan biodata ringkas penulis dalam fail yang berasingan.

Pembahagian Artikel

  • Tajuk (tidak melebihi 12 patah perkataan)
  • Nama Penulis, Afiliasi, E-mel.
  • Abstrak
  • Kata Kunci
  • Pengenalan
  • Dapatan dan Perbincangan
  • Kesimpulan
  • Penghargaan
  • Bibliografi

ABSTRAK

Abstrak mestilah jelas, padat dan menyampaikan maksud artikel yang ditulis. Ia perlu mengandungi objektif artikel, kepentingan artikel, metodologi, dapatan kajian dan  kesimpulan. Abstrak tidak melebihi 250 patah perkataan.

KATA KUNCI: Sertakan lima kata kunci yang relevan dengan artikel.

PENGENALAN

Pengenalan meliputi latar belakang kajian dan kepentingan kajian. Ia turut menjadi mukadimah kepada keseluruhan artikel yang dibentangkan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian dan perbincangan mestilah disampaikan dengan jelas dan padat. Jurnal ini menggalakkan untuk menggunapakai gaya penulisan sejarah yang padat dan terus kepada maksud artikel.

Rajah, gambar dan jadual boleh dimasukkan dalam teks. Semua rajah, gambar dan jadual mestilah dinomborkan mengikut urutan seperti berikut: Jadual 1, Jadual 2 atau Rajah 1, Rajah 2 dan seterusnya. Tajuk bagi setiap rajah, gambar dan jadual ditulis di bahagian bawahnya, centre.

KESIMPULAN

Kesimpulan dibuat berdasarkan dapatan dan perbincangan hasil kajian. Ia boleh juga memasukkan elemen cadangan dan idea penulis tentang hasil kajiannya.

PENGHARGAAN

Seksyen ini tidak wajib disertakan. Penulis boleh memasukkannya jika perlu untuk menyatakan penghargaan kepada penaja bagi penyelidikan yang dijalankan bagi tujuan artikel tersebut. Sila sediakan maklumat lengkap tentang penaja atau pihak yang dimaksudkan.

BIBLIOGRAFI

Gaya rujukan mestilah konsisten sepanjang artikel. Sila gunakan gaya American Psychological Association (APA) bagi tujuan rujukan sama ada nota kaki ataupun bibliografi.

Contoh adalah seperti berikut:

Jurnal yang diterbitkan:

Penulis (Surname, Nama Pertama.) Tahun. Judul Artikel. Nama Jurnal, Volume, Halaman. 

contoh: Feith, Herbert. 1970.Judul Artikel. Journal of Southeast Asia Studies, 3, 12-19.

Bab dalam Buku:

Penulis (Surname, Nama Pertama). Tahun. Tajuk, dalam: Tajuk buku, Tempat terbit:

Penerbit, Halaman.

Cth:

Vickers, Adrian. 2016. Kesenian Bali dalam Sejarah Indonesia, dalam: Seni dan Sastera dalam Sejarah Indonesia, Oxford: Oxford University Press, 91-107.

Rujukan dalam buku:

Penulis (Surname, Nama pertama. Tahun. Judul buku, Tempat: Penerbit.

Cth: Syed Hussein Alatas, 2016. Mitos Peribumi Malas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maklumat Penting

  • Artikel yang dihantar ke jurnal Munsyi tidak boleh dihantar ke tempat lain pada masa yang sama. Artikel yang diterbitkan di jurnal Munsyi juga tidak boleh diterbitkan dalam mana-mana jurnal yang lain.
  • Autoriti di Jurnal Munsyi berhak untuk menerbitkan artikel yang dihantar dalam apa-apa bentuk penerbitan.
  • Semua bahan dan maklumat berkenaan yang disampaikan dalam artikel hendaklah terlebih dahulu mendapat keizinan daripada pihak yang terbabit.
  • Semua artikel yang dihantar perlulah disemak dan sempurna dari sudut bahasa dan struktur ayatnya.
  • Sila pastikan semua rujukan di nota kaki dimasukkan ke dalam bahagian bibliografi.
  • Penulis akan dimaklumkan tentang status penerimaan artikel sebelum proses editorial bermula,
  • Semua keputusan berkaitan penerbitan akan dimaklumkan dalam masa yang segera selepas keputusan dicapai oleh sidang editor.
  • Semua artikel akan menjalani proses 'Peer-review' oleh dua orang 'blind reviewers' serta seorang editor yang dilantik oleh pihak jurnal. Keputusan berkaitan penerbitan bergantung kepada rekomendasi oleh sidang editor jurnal Munsyi.

Articles

Section default policy

Privacy Statement

The names and email addresses entered in this journal site will be used exclusively for the stated purposes of this journal and will not be made available for any other purpose or to any other party.