Koleksi Surat Persendirian Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’ba) Dalam Simpanan Arkib Negara Malaysia

Authors

  • Siti Hawiyah Manan Arkib Negara Malaysia, Jalan Tuanku Abdul Halim, 50568, Kuala Lumpur, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/munsyi.vol2.1.2.2024

Keywords:

Arkib Negara Malaysia, Latar belakang, Pemikiran dan kepercayaan, Surat Persendirian Za’ba, Zainal Abidin Ahmad (Za’ba)

Abstract

Makalah ini membincangkan tentang ketokohan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) dan koleksi surat persendirian beliau di Arkib Negara Malaysia (ANM). Koleksi ini dikenalis sebagai Surat Persendirian Za’ba (SP18). Perbincangan dibahagikan kepada dua bahagian (i) Pemikiran dan kepercayaan Za’ba (ii) Koleksi Surat Persendirian Za’ba yang terdapat di Arkib Negara Malaysia (SP18). Tumpuan utama adalah untuk mempersembahkan idea dan pemikiran Za’ba yang diterjemahkan di dalam penulisannya serta sumber sejarah yang boleh diakses oleh masyarakat awam dalam koleksi SP18. Pendeta Za’ba, atau Zainal Abidin bin Ahmad, merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dikenali sebagai tokoh serba boleh dalam bidang bahasa, sastera, falsafah, politik, agama, dan pemikiran ekonomi. SP18 terdiri daripada 9,850 unit bahan dan ia termasuklah surat-menyurat, surat khabar dan majalah, terbitan, bahan pandang dengar, manuskrip, hasil penulisan, dan banyak lagi. Koleksi SP18 yang disimpan di Arkib Negara Malaysia merupakan aset berharga kerana ia merupakan sumber sejarah yang mendedahkan kepada pengkaji tentang pemikiran dan pandangan Za’ba berhubung isu yang diulasnya. Selama hampir 40 tahun, Za’ba aktif dalam penulisan dan penterjemahan, serta menjadi penulis rencana dan esei yang menggambarkan pemikiran dan pandangan beliau terhadap politik, ekonomi, agama, kemasyarakatan, bahasa, dan sastera. Pandangan Za’ba mendahului zamannya kerana membawa kesedaran bukan hanya kepada isu semasa tetapi juga isu-isu penting pada masa hadapan. Justeru, SP18 dijadikan sumber utama dalam kajian bagi para akademik dan banyak hasil kajian dan artikel dihasilkan berdasarkan koleksi surat persendirian berkenaan. Pemikiran Za’ba memberi dorongan kepada kemajuan bangsa dan negara Malaysia.  Makalah ini membincangkan sumbangan Za’ba dan koleksi SP18 kepada masyarakat umum. Perbincangannya diharap akan menggalakkan kajian dalam pelbagai topik seperti karakteristik dan psikologi, kebudayaan Melayu, keibubapaan, kewartawanan, dan ketokohan dalam keagamaan. Ini kerana pemahaman tentang warisan intelektual Za’ba mendorong generasi masa kini untuk menghargai dan memahami peranan beliau dalam membentuk perkembangan sosial dan intelektual negara.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdullah Zakaria Ghazali. 2022. Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba), 1895-1973: Tokoh Besar Negara, Seri Menanti: Jurnal Lembaga Muzium Negeri Sembilan, 1,59-81

Adnan Haji Nawang. 1994. Za’ba Patriot Dan Pendeta Melayu, Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu

Adnan Haji Nawang. 2005. Memoir Za’ba, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris,

Ahmad Nabil Amir. 2020. Pemikiran Za’ba Dalam Karya-Karya Terpilih, Jurnal Peradaban Melayu, 15, 53-58

Al-Ikhwan, 16 Jun 1927

Ermy Azziaty Rozali & Mohammad Redzuan Othman, Jalan Keselamatan Bagi Orang-orang Melayu’: Pemikiran Za’ba bagi Memajukan Pendidikan Dan Ekonomi pada Tahun 1920-an, SEJARAH. 18(18), 9-34

Lembaga Melayu, 6 Jun 1917

Mohd Samsudin. 2022, Menyantuni Pendeta Za’ba Seorang Tokoh Negara. Seri Menanti: Jurnal Lembaga Muzium Negeri Sembilan, 1, 33-58

Pendeta Za’ba (Zainal Abidin Ahmad), Portal Pusat Rujukan Sehenti Penyelidikan Alam Melayu, UKM, diakses atas talian, https://www.malaycivilization.com.my/exhibits/show/tokoh-pemikir-alam-melayu/pendeta_zaba

Pendeta Za’ba. Pusat rujukan Sehenti Alam Melayu, http://www.malaycivilization.com.my/exhibits/tokoh-pemikir-alam-melayu/pendeta_zaba#content

Pengasuh, 17 Mac 1919

Puan Zaharah, https://www.nlb.gov.sg/main/image-detail?cmsuuid=b5775827-724a-4005-82c4-af474301aab8

Qalam, April 1954

Sejarah Lisan Za’ba, Arkib Negara Malaysia

SP 18, Inventori Jilid III

Surat Persendirian Za’ba, SP 18, Arkib Negara Malaysia.

Utusan Melayu, Februari 18, 1920

Utusan Melayu, Oktober 11, 1919

Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali.1996. Pendita Za’ba: Pemikirannya Mengenai Islam dan Melayu, Dlm. 100 Tahun Za'ba: Za'ba Pejuang Bangsa. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.285-308

Downloads

Published

2024-06-21

How to Cite

Manan, S. H. (2024). Koleksi Surat Persendirian Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’ba) Dalam Simpanan Arkib Negara Malaysia. Munsyi Jurnal Pengajian Sejarah, 2(1), 21–36. https://doi.org/10.37134/munsyi.vol2.1.2.2024

Issue

Section

Articles