Kearifan Lokal Masyarakat Lun Bawang Menerusi Kraf Manik Seramik
Local wisdom of Lun Bawang Community Through Ceramic Beads Craft
DOI:
https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol5.3.2017Keywords:
kearifan lokal, Lun Bawang, manik, adaptasiAbstract
Kajian ini memfokuskan kepada kearifan lokal Masyarakat Lun Bawang menerusi penghasilan kraf manik seramik. Kaum Lun Bawang terkenal dengan penghasilan perhiasan manik yang menjadi warisan kraftangan masyarakatnya sejak turun-termurun. Pengetahuan tentang reka cipta barangan daripada sumber alam semulajadi merupakan satu manisfesto kearifan lokal yang telah wujud dalam budaya masyarakat Lun Bawang. Kaedah kualitatif menerusi
pemerhatian di lapangan selama 12 bulan telah membuktikan bahawa masyarakat Lun Bawang sangat bijak mengadaptasikan sumber alam semulajadi sebagai idea bagi penghasilan kraf manik seramik. Nilai keindahan apreasasi masyarakat Lun Bawang terhadap ciptaan objek seni dalam budaya mereka adalah satu refeleksi terhadap ketelitian observasi tentang fungsi dan sifat bahan alam sebagai bahan utama bagi penghasilan objek seni. Sumber alam semulajadi juga telah diadaptasikan sebagai motif dalam ragam hias kraf manik seramik kaum Lun Bawang yang dikaitkan dengan kepercayaan dan falsafah budaya masyarakat setempat.
Downloads
References
Asyaari Muhamad. (2002). Perkembangan tembikar prasejarah di Malaysia. Jam, 15-2002. Hlm. 29-35.
Babcock, T.C. (1974). Indigenous ethnicity in Sarawak. Dlm. Jerome R. (Ed.) The People of Central Borneo.
Bell Su’ut. (2014). Estetika “Bakad” masyarakat Lun Bawang Lawas, Sarawak: Satu kelansungan pendidikan informal. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Datan, Ipoi. (1989). A brief ethnography of the Lun Bawang of Sarawak. Sarawak Museum Journal. Vol. X No. 61: 143-155.
Hamidah Abdul Hamid. (1995). Penghantar estetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Heidi Munan. (1989). Sarawak craft, method, materials, and motifs. Singapore: Oxford University Press.
Lucas Chin. (1980). Cultural heritage of Sarawak. Kuching: Lee Ming Press.
Langup, J. (1984). Economic activities of the people of Ba’ Kelalan: an overview. Dlm. Sarawak Gazette 110; 3-17.
Meechang Tuie. (1995). Masyarakat Lun Bawang Sarawak suatu pengenalan. Kuching: Desktop Publishing Sdn. Bhd.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. (1995). Arkeologi di Malaysia: antara matlamat dan realiti. Jurnal Arkeologi Malaysia, Bil. 8, Hlm. 8.
Pollard, F.H. (1935). Muruts of Sarawak. Sarawak Museum Journal, 4-56.