Motif Ragam Hias Kalong, Sarawak

The Motifs of Kalong in Sarawak

Authors

  • Lydia Patrick Padri
  • Intan Khasumarlina Mohd Khalid
  • Harozila Ramli

Keywords:

motif,, ragam hias, kalong, masyarakat Kenyah

Abstract

Kajian berkaitan ragam hias Kalong pada rumah persemadian suku kaum Kenyah Uma Kulit, Sarawak ini akan memberi fokus terhadap penggunaan Kalong yang dihasilkan oleh suku kaum Kenyah Uma Kulit di samping meneroka tentang makna dan falsafah yang terkandung di sebalik penggunaannya dari perspektif kepercayaan tradisi. Secara umumnya, kesenian dalam masyarakat Kenyah tradisional banyak menjurus kepada kepercayaan mistik dan alam ghaib dan mempunyai interaksi yang baik sesama manusia dan alam. Kajian kualitatif ini berdasarkan data-data yang dikumpul dalam bentuk perkataan, sumber majalah, keratan-keratan akhbar dan jurnal-jurnal hasil penulisan pengkaji-pengkaji barat dan tempatan serta lain-lain rekod rasmi. Disamping itu juga, kaedah temu bual dengan responden-responden yang dipilih secara rawak yang terdiri daripada empat orang daripada kalangan suku kaum Kenyah Uma Kulit itu sendiri juga menyokong kajian ini. Penemuan dan interpretasi yang dibuat akan dapat menjelaskan mengenai makna penggunaan motif-motif Kalong yang diaplikasikan pada rumah-rumah persemadian ini dengan lebih tepat lagi. Kajian ini juga dapat mengenal pasti beberapa penggiat yang terlibat dalam menghasilkan karya Kalong serta menjelaskan tentang makna dan falsafah serta mengenal pasti motif Kalong yang menjadi identiti kaum Kenyah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-05-01

How to Cite

Patrick Padri, L., Mohd Khalid, I. K., & Ramli, H. (2019). Motif Ragam Hias Kalong, Sarawak: The Motifs of Kalong in Sarawak. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 3. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2243

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>