Catan Batik Najib Dawa
Keywords:
motif-motif tradisi, catan batik, identiti MelayuAbstract
Mohamed Najib Ahmad Dawa atau lebih dikenali sebagai Najib Dawa, merupakan satu nama yang terkenal dengan motif-motif tradisi dan menghasilkan sesuatu yang melambangkan identiti bangsa Melayu melalui catan-catan beliau. Penggunaan motifmotif tradisional bagi menjelaskan maksud di sebalik karya beliau membolehkan karya beliau tampil dengan keunikan yang tersendiri. Bagi Najib untuk mencari ketulenan dalam konteks budaya Malaysia, kita perlu melihat kembali ke belakang untuk dibawa ke arus semasa. Najib Dawa berjaya menghasilkan karya catan batik dengan gabungan motif-motif tradisi dan membina identiti beliau dalam perkembangan seni lukis moden Malaysia.