Pengetahuan dan Kemahiran Guru Prasekolah dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran terbeza

Authors

  • Kancanawati Kamar Fakuliti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Intan Farahana Abdul Rani Fakuliti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/bitara.vol17.1.8.2024

Keywords:

Pendekatan, Pembelajaran, Terbeza, Pengetahuan, Kemahiran, Guru Prasekolah

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru prasekolah dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran terbeza. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Pemilihan sampel kajian dijalankan secara persampelan rawak mudah dan seramai 45 orang guru prasekolah di Daerah Beluran, Sabah dipilih menjadi sampel kajian. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian bagi pengumpulan data. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu demografi, pengetahuan dan kemahiran guru prasekolah dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran terbeza. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisis deskriptif digunakan untuk menjelaskan tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru prasekolah dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran terbeza. Analisis inferensi digunakan untuk menerangkan tentang hubungan antara pemboleh ubah iaitu hubungan antara tahap pengetahuan dengan tahap kemahiran guru prasekolah dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran terbeza. Hasil dapatan kajian bagi tahap pengetahuan guru prasekolah dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran terbeza adalah berada di tahap tinggi dengan nilai (min=4.11, SP=0.804). Manakala bagi tahap kemahiran guru prasekolah dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran terbeza adalah berada di tahap tinggi dengan nilai (min=3.98, SP=0.812). Dapatan kajian analisis kolerasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sederhana positif antara tahap pengetahuan dengan tahap kemahiran guru prasekolah dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran terbeza dengan nilai (r=0.524, p<0.01). Secara keseluruhannya, kajian ini telah menggambarkan bahawa guru-guru prasekolah di daerah Beluran, Sabah mempunyai tahap pengetahuan dan tahap kemahiran yang tinggi. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa semakin tinggi pengetahuan guru, maka semakin tinggi kemahiran guru dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran terbeza.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Anesty, E., Fatihaturrosyidah, F., & Putra, J. (2022). Knowledge and Ability of Early Childhood Teachers in Delivering Career Guidance to Preschoolers. Professional Guidance and Counseling Journal, 3 (1), 10-22.

Bondie, R. S., Dahnke, C., & Zusho, A. (2019). How Does Changing “One-Size-Fits-All” to Differentiated Instruction Affect Teaching. Review of Research in Education, 43 (1), 336-362.

Baharudin, M. A., & Ibrahim, M. A. (2020). Kesediaan Pelaksanaan Pengajaran Abad ke 21 dalam Kalangan Guru Pelatih Sejarah IPG Zon Selatan. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 2 (5), 32–42.

Jaafar, H. H., & Said, M. H. M. (2019). Inovasi Pengajaran Untuk Menarik Minat Pelajar Menguasai Ilmu Tajwid. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 1(6), 8-17.

Johansson, I., & Moss, P. (2012). Re-Forming the School: Taking Swedish Lessons. Children & Society, 26 (1), 25-36.

Kangas, M., Siklander, P., Randolph, J., & Ruokamo, H. (2017). Teachers' Engagement and Students' Satisfaction with a Playful Learning Environment. Teaching and Teacher Education, 63, 274-284.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Sulaiman, M., & Wok, W. C. (2018). Tinjauan Tentang Pengetahuan Dan Penerimaan Terhadap Pengajaran Berbeza dalam Kalangan Siswa Pendidik Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 283-294.

National Association for the Education of Young Children (2009). Developmentally Appropriate Practice in Early Childhood Programs Serving Children from Birth Through Age 8. Position Statement, 1-31.

Nuraishatun, M. A., Zamri, M., Siti, F. M., & Norsiha, H. S. (2019). Pelaksanaan Modul Pedagogi Terbeza Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) Ke-6, 1450-1465.

Mokhlis, S. (2021). Persepsi dan Pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Terbeza dalam Kalangan Guru Prasekolah: Satu Tinjauan Awal. Borneo International Journal, 4 (3), 9-18.

Tripathi, P. (2019). Positive and Supportive Teacher Student Relationship. Think India, 22 (4), 2665-2673.

Torbeyns, J., Verbruggen, S., & Depaepe, F. (2020). Pedagogical Content Knowledge in Preservice Preschool Teachers and Its Association with Opportunities to Learn During Teacher Training. ZDM - Mathematics Education, 52, 269-280.

Vijayan, S. S. G. & Nasri, N. M. (2022). Implementation of Learning and Facilitation of Differentiated Learning Approach for Primary School. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 84-97.

Mustaffa, Z., Hussin, Z., & Sulaiman, A. M. (2021). Pedagogi terbeza untuk Pengajaran Guru Terhadap Kepelbagaian Murid. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6 (9), 202-214.

Downloads

Published

2024-04-18

How to Cite

Kamar, K., & Abdul Rani, I. F. (2024). Pengetahuan dan Kemahiran Guru Prasekolah dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran terbeza. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 17(1), 82–93. https://doi.org/10.37134/bitara.vol17.1.8.2024

Issue

Section

Articles