Kemampuan Pelajar Lepasan MRSM Untuk Menyesuaikan Diri Dengan Corak Pengajaran dan Pembelajaran Diperingkat Pra-Universiti serta Hubungannya dengan Pencapaian Akademik Pelajar

Authors

  • Zaidi Yaacob Pusat Asasi, Universiti Teknologi MARA, MALAYSIA
  • Ahmad Kamil Hussain Pusat Asasi, Universiti Teknologi MARA, MALAYSIA
  • Syed Illah Al Yahya Pusat Asasi, Universiti Teknologi MARA, MALAYSIA
  • Hashim Fadzil Ariffin Pusat Asasi, Universiti Teknologi MARA, MALAYSIA
  • Rosnidar Mansor Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA

Keywords:

Corak pembelajaran dan pengajaran, pencapaian pelajar

Abstract

Penekanan terhadap keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan menjuruskan corak pembelajaran dan pengajaran yang terpaksa meminggirkan keperluan untuk membentuk peribadi pelajar untuk menjadi individu yang lebih berdikari. Inilah situasi dan dilema yang dihadapi oleh pentadbir, guru dan terutamanya para pelajar. Kajian ini dilakukan untuk melihat (i) pencapaian pelajar asasi lepasan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berbanding lepasan sekolah harian, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) serta sekolah agama (ii) korelasi antara keputusan yang diperoleh pelajar di peringkat SPM dengan keputusan yang mereka peroleh dalam peperiksaan Semester 1, 2011 semasa mereka belajar di Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) (iii) korelasi amalan belajar semasa di sekolah terhadap keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), serta (iv) korelasi peranan guru dan sekolah terhadap pencapaian SPM. Berdasarkan kepada analisis soal selidik yang dijalankan didapati pelajar lepasan MRSM kurang menyerlah berbanding pelajar lepasan sekolah harian, SBP serta sekolah agama. Terdapat korelasi yang baik antara keputusan yang diperoleh pelajar dalam SPM dengan keputusan peperiksaan Semester 1, 2011/12. Didapati juga terdapat korelasi yang baik antara tabiat amalan belajar disekolah dengan keputusan SPM. Didapati bahawa terdapat korelasi yang signifikan antara tanggapan pelajar terhadap peranan guru dan sekolah terhadap pencapaian SPM. Majoriti pelajar tidak membentuk perancangan belajar tetapi mengikut acuan yang ditetapkan oleh guru, sekolah dan persekitarannya. Analisis juga menunjukkan sebilangan besar pelajar yang gagal meneruskan kecemerlangan adalah juga pelajar yang tidak berdikari dam masih terikut-ikut dengan amalan belajar ketika disekolah. Sebahagian kecil pelajar menyatakan bahawa mereka telah disediakan dengan baik untuk mengikuti pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi. Kesimpulannya, amalan membentuk sikap berdikari di kalangan pelajar sekolah memungkinkan mereka untuk dapat menyesaikan diri dengan suasana serta iklim pembelajaran dan pengajaran diperingkat pra-universiti yang lebih berorientasikan pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ashraff Zainuddin (2004). Kesan Fasiliti Sekolah ke atas Pencapaian Akademik dan Sukan Bagi Pelajar Sekolah Menengah daerah Perak Tengah. Institusi Penyelidikan Pembangunan dan Pengkomersilan . Universiti Teknologi MARA. Projek Sarjana

Domenichelli, C.A. (2011).The Influence of Cognitive Autonomy and Learning Environments on Student Academic Performance: An investigation of the relationships between levels of cognitive autonomy, aspects of school learning environments and academic performance at the ninth-grade level. University of California, Berkely. Ed. D. Dissertation.

Hughes, K. E. (2008). A mixed methods case study of the influence of teacher professional development for technology integration on subsequent student achievement. The University of Oklahoma. Ph D dissertation .

Kyzer, Barbara N. (2009). Teacher-student relationships and models of influence and impact on mathematical achievement. Walden University. Ed.D Dissertation

Meor Ibrahim, K., & Assaadah, M. (2011). Kajian gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar UTM. Journal of Educational and Counseling, 2, 51-77.

Nihra, H., & Chandrathevy, K. (2006). Hubungan sikap (komitmen, emosi dan wawasan) dengan pencapaian akademik pelajar PKPG (SPT, SPN, SPH) tahun akhir di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai.

Park, C.C. (1997). Learning style preferences of Asian American (Chinese, Filipino, Korean, and Vietnamese) students in secondary schools. Equity & Excellence in Education, 30(2), 68-77. Park, C.C. (2000). Learning style preferences of Southeast Asian students. Urban Education, 35, 245-268.

Rasimah, A., Zurina, M., Rohaizad, R., Yeop, U. & Anuar, M. (2008). 22nd Annual SAS Malaysian Forum, 15th Julai 2008, Kuala Lumpur Convention Centre.

Zaleha Sulaiman (1995). Pengurusan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah di Luar Bandar: Kes Empat Buah Sekolah Menengah di Negeri Kedah Darul Aman. Tesis Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan). Univerisiti Utara Malaysia

Downloads

Published

2019-05-14

How to Cite

Yaacob, Z., Hussain, A. K., Al Yahya, S. I., Ariffin, H. F., & Mansor, R. (2019). Kemampuan Pelajar Lepasan MRSM Untuk Menyesuaikan Diri Dengan Corak Pengajaran dan Pembelajaran Diperingkat Pra-Universiti serta Hubungannya dengan Pencapaian Akademik Pelajar. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 6(1), 99–105. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPB/article/view/6153