Pendekatan pengajaran belajar melalui bermain dalam Kalangan Pendidik Tadika Swasta di Daerah Sepang, Selangor
DOI:
https://doi.org/10.37134/bitara.vol17.sp2.14.2024Keywords:
Pengajaran, pendekatan, belajar melalui bermain, Tadika SwastaAbstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengajaran pendekatan “Belajar Melalui Bermain” dalam kalangan pendidik tadika swasta di daerah Sepang, Selangor. Kajian jenis kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan instrumen soal selidik pendekatan belajar melalui bermain. Perbincangan kajian ini menggunakan soal selidik yang dibahagikan kepada Bahagian A maklumat demografi responden dan bahagian B yang mengandungi 15 item berkenaan persepsi pengajaran pendekatan belajar melalui bermain berdasarkan objektif dan persoalan kajian. Satu kajian rintis telah dijalankan dengan menggunakan seramai 50 sampel responden untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik di mana nilai alpha cronbach yang didapati adalah 0.87 secara keseluruhan bagi setiap item-item dalam soal selidik juga nilai alpha cronbach yang didapati adalah 0.86. Data yang diperolehi dianalisis melalui analisis deskriptif dengan menggunakan perisian IBM SPSS Versi 29 (Statistical Package for the Social Sciences). Kajian sebenar melibatkan 265 orang pendidik sebagai sampel daripada jumlah populasi sebanyak 835 guru-guru Tadika Swasta di daerah Sepang. Hasil dapatan menujukkan guru-guru tadika swasta menpunyai pengetahuan yang tinggi berkenaan pendekatan belajar melalui bermain dan kebanyakan pendidik menyedari kepentingan pendekatan ini dan mengaplikasikannya dalam pembelajaran dan pengajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kajian ini mencadangkan agar sokongan dan latihan tambahan diberikan kepada pendidik untuk mengaplikasikan pendekatan ini secara berterusan. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran bermain berpotensi meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak- kanak jika guru-guru menjadi perekabentuk instruksinal bagi sistem pembelajaran dan pengajaran melalui bermainan.
Downloads
References
Aimi Najlaa Muhammad Noor, & Faridah Yunus. (2017). Kualiti Aktiviti Di Prasekolah KPM Dari Perspektif Guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 71-82.
Anderson, R. (2021). "Meneroka Amalan Pengajaran Pendekatan Belajar Melalui Bermain dalam Taska PAPN." Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 30(2), 123-145.
Azah Hazwa Mohamad Paris & Suziyani Mohamed. (2019). Pelaksanaan Pendekatan Belajar melalui Bermain Terhadap Pencapaian Kemahiran Asas Membaca Murid- murid Prasekolah. Prosiding PASAK 2019.
Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah dan Statistik Penyelidikan Asas Statistik Penyelidikan (Buku 2), Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.
Gordillo, A., Barra, E., López-Pernas, S., & Quemada, J. (2021b). Development of teacher digital competence in the area of e-safety through educational video games. Sustainability, 13(15), 8485.
Ismail, N. (2015). Pendidikan Prasekolah: Konsep dan Amalan Terbaik. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing. Lu Chung, C., & Effandi, Z. (2015). Effect of Game-Based Learning Activities on Children’s Positive Learning and Prosocial Behaviours. Jurnal Pendidikan Malaysia,40(2),159- 165.
Mastura Bazdis. (2008). Pendidikan anak-anak di peringkat awal umur berasaskan binaan kurikulum yang integratif.
Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia.
Rowen Tingang Musa, Nor Suriya Abd Karim, Nur Hamiza Adenan, Rawdah Adawiyah Tarmizi, Noor Wahida Md Junus, Vicky Ezekiel Anak Kelong. (2021). Tahap kesediaan guru pelatih matematik upsi dalam melaksanakan PAK 21. Jurnal Pendidkan Bitara Upsi, 14(2021): 82-91.
Siti Zaenab. (2019). Outbound learning in the development of emotional social aspect of another age in PAUD Dompu Regency. International Conference on Education and Technology (ICET 2018) (pp. 166-170). Atlantis Press.
Suppiah Nachiappan, Edward Munovah, R. M., Abdullah, N., & Suffian, S. (2017). Perkembangan Kognisi Dalam Kanak- Kanak Prasekolah Melalui Teknik Bermain. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 6(1), 34–44.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Nur ‘Ain bt Hj Husin Suhaimi, R. Jayavani A/P Rajamanickam
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.