KEPERLUAN MEMULAKAN BACAAN AWAL MELALUI PENGGUNAAN KIT BACAAN AWAL UNTUK KANAK-KANAK TASKA

THE NEEDS TO IMPLEMENT EARLY READING KIT FOR PRESCHOOL CHILDREN

Authors

  • Rashidah Elias IPG Kampus Dato’ Razali Ismail Kuala Terengganu
  • Mahani Razali Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

bacaan awal, kit bacaan awal, kanak-kanak TASKA, analisis keperluan, early reading, early reading kit, a children's childcare centre, needs analysis

Abstract

Pembelajaran bacaan perlu dimulakan apabila kanak-kanak telah bersedia dengan menggunakan pelbagai media supaya kanak- kanak dapat meneroka pembelajaran baru dengan gembira. Kajian tinjauan ini dijalankan bagi melihat sama ada pendidik dan ibu bapa bersetuju terhadap kesesuaian memulakan pembelajaran bacaan awal Bahasa Malaysia pada umur 3+ melalui kit pembelajaran bacaan awal. Kajian dijalankan ke atas 20 orang pendidik awal kanak-kanak dan 40 orang ibu bapa kanak-kanak di Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT). Dapatan kajian menunjukkan bahawa 19 orang pendidik (95%) dan 38 orang ibu bapa (95%) bersetuju bahawa pembelajaran bacaan sesuai dimulakan untuk kanak-kanak 3+. Kanak-kanak 3+ telah menguasai kemahiran literasi awal pada tahap mengenal sebahagian huruf di mana 94.7% pendidik dan 87.5% ibu bapa memberikan maklumat sedemikian. Secara purata, 100% pendidik dan 80.4% ibu bapa bersetuju dengan enam jenis media untuk dimasukkan ke dalam kit bacaan awal iaitu kad imbasan, buku bacaan, buku besar, lagu, permainan dan perisian komputer.

Learning to read should be started when the child is ready to use a variety of media so that children can explore new learning happily. This study represents a survey conducted as a needs analysis to see whether early childhood educators and parents agree on the suitability start learning early reading English at age 3+ through early reading learning kits. The study was conducted on 20 early childhood educators and parents of 40 children who are currently undergoing early childhood education at Park Child Care (childcare center) Terengganu Family Development Foundation (YPKT). The results showed that 19 teachers (95 %) and 38 parents (95 %) agree that learning started reading suitable for children 3 +. Children 3 + have early literacy skills at identifying a letter in which 94.7 % and 87.5 % educators parents provide such information. On average, 100% of teachers and 80.4 % of parents agreed with the six types of media to be included in the initial reading of kit card scanning, reading books, big books, songs, games and computer software.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2013-12-20

How to Cite

Elias, R., & Razali, M. (2013). KEPERLUAN MEMULAKAN BACAAN AWAL MELALUI PENGGUNAAN KIT BACAAN AWAL UNTUK KANAK-KANAK TASKA: THE NEEDS TO IMPLEMENT EARLY READING KIT FOR PRESCHOOL CHILDREN. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 2, 42–57. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/758