Pembangunan bahan e-pembelajaran berasaskan LMS bagi kursus DBM 30033 Matematik Kejuruteraan 3 di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Development of LMS-based e-learning materials for DBM 30033 Engineering Mathematics 3 course at Tuanku Sultanah Bahiyah Polytechnic
DOI:
https://doi.org/10.37134/jictie.vol8.sp.2.5.2021Keywords:
e-pembelajaran, CIDOS LMS, MOODLE, interaktif, kendiri, refleksiAbstract
Teknologi e-pembelajaran yang berasaskan atas talian ini merupakan satu alternatif yang amat berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selari dengan perkembangan pesat teknologi ict masa kini, e-pembelajaran telah diperluaskan lagi bermula di sekolah-sekolah hingga ke institusi pengajian tinggi dan ia merupakan satu perubahan dalam sistem pendidikan masa kini. Projek e-pembelajaran yang dibangunkan ini adalah menggunakan platform yang diberi nama CIDOS LMS yang merupakan satu sistem pengurusan yang menggunakan perisian sumber terbuka MOODLE. CIDOS LMS digunakan untuk membangunkan bahan-bahan interaktif e-pembelajaran yang merangkumi sumber dan aktiviti pelajar. Sumber yang paling penting adalah menyediakan nota-nota (Resource and Lesson), dalam bentuk atau format HTML, Microsoft PowerPoint atau Microsoft Word. Kuiz dan Tugasan merupakan aktiviti yang menguji kefahaman setiap pelajar dan perlu dihantar mengikut masa yang telah ditetapkan. Manakala Chat dan Forum adalah satu aktiviti yang membolehkan berlakunya interaksi dua hala antara pelajar dan pensyarah. Pelajar boleh melakukan refleksi kendiri berkaitan dengan apa yang telah dipelajari dengan menggunakan aktiviti journal. Platform LMS ini telah menyediakan satu pangkalan data yang membolehkan pelajar dan pensyarah melihat tahap penglibatan mereka dengan adanya markah, tempoh masa dan kekerapan penggunaan hasil daripada aktiviti pelajar dan pensyarah dapat diperolehi. Semoga kajian ini dapat mengurangkan beban setiap pensyarah dan dapat membantu pelajar dalam meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik.
ABSTRACT
This online-based e-learning technology is a very effective alternative in the teaching and learning process. In line with the rapid development of ICT technology today, e- learning has been further expanded from schools to institutions of higher learning and it is a change in the education system today. The e-learning project developed is using a platform called CIDOS LMS which is a management system that uses MOODLE open-source software. CIDOS LMS is used to develop interactive e-learning materials that include student resources and activities. The most important resource is to give notes (Resource and Lesson), in the form or format of HTML, Microsoft PowerPoint, or Microsoft Word. Quizzes and Assignments are activities that test the comprehension of each student and are submitted according to a set time. Chat and Forum is an activity that allows for two-way interaction between students and lecturers. Students can do self-reflection related to what they have learned by using journal activities. The LMS platform has provided a database that allows students and lecturers to see their level of involvement with the available marks. Period time and frequency use of the results of student and lecturer activities can be obtained. Hopefully, this study can cut the burden of each lecturer and can help students continue the teaching and learning process better.
Downloads
References
Ahmad, A., Abdullah, A. G., Ahmad, M. Z., & Aziz, A. R. H. A. (2005). Kesan efikasi kendiri guru Sejarah terhadap amalan pengajaran berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 7, 14-27.
Clément, R., Dörnyei, Z., & Noels, K. A. (1994). Motivation, self‐confidence, and group cohesion in the foreign language classroom. Language learning, 44(3), 417-448.https://doi.org/10.1111/j.1467-1770.1994.tb01113.x
Dori, Y. J. & Belcher, J. (2005). How does technology enabled active learning affect undergraduate students' understanding of electromagnetism concepts? The Journal of Learning Sciences, 14(2), 243-279. https://doi.org/10.1207/s15327809jls1402_3
Holzer, L. & Schworm, S., (2018). Flow-experience and acceptance in scenario-based e-learning settings in higher education-an empirical comparison of goal based and game-based learning environments. Dalam EdMedia+ Innovate Learning (pp. 2117-2126). Association for the Advancement of Computing in Education (AACE).
Ismail, Noh, N. M., Mustafa, H. M. A., Hamzah, M., M. A., & Abdullah, N. (2013). Penggunaan Inovasi Teknologi Dalam Pengajaran: Cabaran Guru Dalam E-Pembelajaran. Dalam Proceedings of The 7th International Malaysian Educational Technology Convention (IMETC 2013), Golden Flower Hotel Bandung, 1-13.
Rozinah Jamaludin (2000). Asas-asas Multimedia Dalam Pendidikan. Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.
Ismail, Z., & Mamat, K. (2008). Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan MOODLE Bertajuk “Quadratic Expressions and Equations” Dan “Statistics” Tingkatan 4. http://eprints.utm.my/id/eprint/10898/1/Pembangunan_Bahan_E.pdf
Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim dan Mohamad Yusof Arshad. (2005). Pembangunan dan Keberkesanan Perisian Teori Konstruktivisme dalam Mempelajari Konsep Traffic Sign, Pengajian Kejuruteraan Awam. UTM Institutional Repository. https://core.ac.uk/download/pdf/11778815.pdf
Karoulis, A., Tarnanas, I., & Pombortsis, A. (2004). An expert-based evaluation concerning human factors in ODL programs: A preliminary investigation. In E-education applications: Human factors and innovative approaches (pp. 84-96). IGI Global.
Lai, K.M. (2002). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. http://www.mpbl.edu.my/ inter/penyelidikan/2002/lai.PDF.
Noor, N. M., Harun, J., & Aris, B. (2014, April). Application of the Pedagogical and Andragogical Model in Web-Based Learning Instruction among Non-major Computer Science Students' Learning Programming. Dalam 2014 International Conference on Teaching and Learning in Computing and Engineering (pp. 106-111). IEEE.
Sulaiman, S. & Salleh, N. I. (2009). Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bertajuk ‘Gas Laws’tingkatan Empat. http://eprints.utm.my/id/eprint/10124/1/noor_izyan_binti_salleh.pdf