Editorial

Authors

  • Abd Hadi Borham Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol2.2.10.2024

Abstract

Jurnal Al-MAKRIFAH, vol. 2, Issue 2 mengandungi artikel-artikel yang memfokuskan penulisan dalam bidang tafsir al-Quran, hadith, pendidikan Islam, wakaf, fatwa, tokoh, gerakan Islam, dakwah dan pemikiran Islam. Artikel pertama Isu 2 ini bertajuk Metode Dakwah Rasul Ulul ‘Azmi Berdasarkan Tafsir Ibn Kathir. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis metode dakwah Rasul Ulul ‘Azmi berdasarkan Tafsir Ibn Kathir atau dikenali dengan Tafsir al-Quran al-Azm. Penulis telah menganalisis ayat-ayat al-Quran berkaitan metode dakwah Rasul Ulul ‘Azmi dalam Tafsir Ibn Kathir yang membawakan penjelasan ayat-ayat tersebut bersandarkan ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW. Ia dapat membantu pendakwah untuk memahami metode dakwah yang terbaik. Tambahan pula, penerangan yang diberikan turut dikaitkan dengan ayat al-Quran bagi meneguhkan lagi keyakinan dan panduan yang baik dalam menyampaikan dakwah agama Islam. Hal ini kerana, dakwah tanpa perancangan atau panduan yang betul mungkin kurang efektif dalam menyampaikan mesej dakwah tersebut. Seterusnya, melalui penerangan ini jelas menunjukkan bahawa cara penyampaian dakwah perlulah berlandaskan kepada tahap, situasi dan keadaan target mad’u tersebut.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-11-06

How to Cite

Borham, A. H. (2024). Editorial. AL-MAKRIFAH Journal of Knowledge and Learning in Islamic Tradition and Culture, 2(2), i-iv. https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol2.2.10.2024