Penilaian dan Pensijilan bagi Muzik Tradisional Malaysia Berdasarkan Model Peperiksaan Muzik Bergred Antarabangsa

Assessment and Certi.fication of Traditional Malaysian Music Based on the International Graded Music Exam Model

Authors

  • Zaharul Lailiddin Saidon Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Shahanum Mohd Shah Universiti Pendidikan Sultan ldris, Malaysia

Keywords:

Muzik Tradisional Malaysia, Muzik Bukan Barat, Muzik Tradisional Melayu, Sistem Peperiksaan Muzik Bergred, Penilaian Muzik

Abstract

Ketika ini tidak wujud satu sistem yang berstruktur dan standard untuk menilai pencapaian muzik serta pensijilan untuk pengamal muzik tradisional Malaysia berbanding dengan pelbagai sistem peperiksaan muzik sedia ada untuk muzik barat. Keadaan ini telah menyumbang kepada beberapa permasalahan termasuk kebergantungan kepada peperiksaan muzik barat yang sudah pastinya tidak membantu dalam usaha meningkatkan apresiasi kepada muzik tradisional tempatan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Artikel ini melaporkan satu kajian yang telah dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji pendekatan yang berstruktur bagi menilai pencapaian pengamal muzik tradisional tempatan. Selain itu, kajian ini turut bertujuan untuk mengenal pasti isu dan pertimbangan yang perlu diambil kira bagi mengwujudkan sistem peperiksaan untuk muzik tradisional Malaysia. Kajian ini telah menggunakan  pendekatan kualitatif. Kaedah utama pengumpulan data untuk kajian ini adalah melalui temu bual dan pemerhatian. Subjek untuk temu bual terdiri daripada pengamal muzik tradisional dan ahli akademik. Hasil analisis data menunjukkan tradisi muzik Malaysia merangkumi falsafah dan amalan yang berbeza daripada paradigma muzik barat. Di sebalik kesepakatan pendapat dalam banyak hal, wujudnya beberapa percanggahan pandangan di antara pengamal muzik tradisional yang ditemu bual mengenai strategi pengajaran, proses penilaian dan pemilihan repertoir. Justeru menunjukkan kerja yang kompleks serta cabaran besar yang perlu dihadapi dalam mereka bentuk kurikulum termasuk penilaian bagi pelbagai genre muzik tradisional tempatan mengikut kerangka sistem peperiksaan muzik bergred. Hasil daripada data yang dianalisis, kajian ini telah mencadangkan satu model penilaian muzik tradisional Malaysia yang merangkumi domain kognitif, psikomotor dan afektif.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2015-03-01

How to Cite

Saidon, Z. L., & Shah, S. M. (2015). Penilaian dan Pensijilan bagi Muzik Tradisional Malaysia Berdasarkan Model Peperiksaan Muzik Bergred Antarabangsa: Assessment and Certi.fication of Traditional Malaysian Music Based on the International Graded Music Exam Model. Malaysian Journal of Music, 4(1), 47–66. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/MJM/article/view/801