Kesan Latihan Stail Pedagogi SET terhadap Murid Kemahiran Rendah dalam Permainan Hoki

Authors

  • Sanmuga Nathan

Keywords:

Latihan stail pedagogi SET, Stail E, Model TGfU

Abstract

Kajian Quasi-Eksperimen ini dijalankan untuk menyiasat kesan latihan stail pedagogi SET yang dibangunkan hasil gabungan Stail E (Stail Inklusi) daripada Spektrum Pengajaran Mosston (Mosston & Ashworth, 2002) dengan model Teaching Games for Understanding (TGfU) bagi permainan hoki. Kajian ini melibatkan murid Tingkatan Satu n = 25, Murid Kemahiran Rendah (MKR) bagi tempoh selama 9 minggu dengan menggunakan waktu Pendidikan Jasmani. Kesan latihan stail pedagogi SET dalam permainan hoki diukur berdasarkan kepantasan dan ketepatan melakukan kemahiran hoki, penguasaan pengetahuan deklaratif dan prosedural serta mengawal bola, membuat keputusan (menggelecek, merebut bola, menghantar dan menjaring) dan melaksanakan kemahiran (menggelecek, merebut bola, menghantar dan menjaring) dalam situasi permainan 3-lawan-3. Data kajian dianalisis menggunakan analisis MANCOVA, latihan SET sebenarnya dianalisis bersama dua stail latihan yang lain dan tidak dilaporkan dalam artikel ini. Dapatan kajian bagi kepantasan dan ketepatan melakukan kemahiran hoki, pengetahuan deklaratif serta pengetahuan prosedural terdapat peningkatan yang signifian bagi kumpulan MKR melalui latihan stail pedagogi stail SET. Latihan stail pedagogi SET juga dapat membangunkan secara signifian aspek mengawal bola, membuat keputusan dan melaksanakan kemahiran dalam situasi permainan 3-lawan-3 pada peringkat pascaujian bagi kumpulan MKR. Kesimpulan, latihan stail pedagogi SET memerlukan kajian tambahan untuk mengesahkan kesesuaian sebagai pendekatan latihan merentasi pelbagai jenis permainan penyerangan untuk kumpulan MKR


Kata kunci Latihan stail pedagogi SET, Stail E, Model TGfU

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2012-05-22

How to Cite

Nathan, S. (2012). Kesan Latihan Stail Pedagogi SET terhadap Murid Kemahiran Rendah dalam Permainan Hoki. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 1(1), 68–81. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSSPJ/article/view/676