Ilmu Konten Pedagogi dengan Pelaksanaan Pengajaran Guru dalam Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah Malaysia-Indonesia

Teachers’ Pedagogical Content Knowledge and Implementation of Physical Education Teaching in Malaysia-Indonesia Secondary Schools

Authors

  • Julismah Jani
  • Syed Kamaruzaman b Syed Ali

Keywords:

ilmu konten, ilmu pedagogi, ilmu konten pedagogi

Abstract

Objektif kajian ini ialah untuk menentukan tahap, mengenal pasti perbezaan dan hubungan ilmu konten, ilmu pedagogi dan ilmu konten pedagogi guru terhadap pelaksanaan pengajaran dalam Pendidikan Jasmani. Seramai 149 guru Pendidikan Jasmani Tingkatan 4 di sekolah menengah daerah Ulu Kinta, Perak, Malaysia dan 125 guru Pendidikan Jasmani Kelas X di sekolah menengah atas (SMA) Surabaya, Indonesia telah dikaji. Data kajian dikumpul melalui soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru Pendidikan Jasmani di Malaysia menguasai ilmu konten pedagogi pada tahap sederhana (M = 2.90) dan 86.3% telah mengamalkan ilmu tersebut dalam pengajarannya. Manakala tahap penguasaan ilmu konten pedagogi guru Pendidikan Jasmani di Indonesia adalah tinggi (M = 3.69) dan 94.2% telah melaksanakan dalam Kelas pengajarannya. Terdapat perbezaan yang signifian (p = .00) bagi penguasaan ilmu konten pedagogi dalam Pendidikan Jasmani di antara guru di Malaysia dengan guru di Indonesia. Terdapat hubungan yang sederhana tetapi signifian di antara ilmu konten pedagogi dengan pelaksanaan pengajaran bagi guru Pendidikan Jasmani di Malaysia (r = .622, p < .01) dan di Indonesia (r = .647, p < .01). Hasil kajian memberi maksud bahawa ilmu konten pedagogi merupakan domain spesifi kepada proses pengajaran. Guru boleh terus membina ilmu konten pedagogi dalam dimensi dan hala tuju yang terkini atau kontemporari mengikut keperluan semasa serta tahap kemampuan dan kegigihan guru itu sendiri. Justeru itu, seseorang guru perlu menguasai ilmu konten pedagogi supaya pengajarannya bermakna dan berkesan terhadap pembelajaran pelajar.


Kata kunci ilmu konten, ilmu pedagogi, ilmu konten pedagogi

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2012-05-01

How to Cite

Jani, J., & Syed Ali, S. K. b. (2012). Ilmu Konten Pedagogi dengan Pelaksanaan Pengajaran Guru dalam Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah Malaysia-Indonesia: Teachers’ Pedagogical Content Knowledge and Implementation of Physical Education Teaching in Malaysia-Indonesia Secondary Schools. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 1(1), 1–13. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSSPJ/article/view/660