Kaedah Pembelajaran Koperatif Model STAD Meningkatkan Pencapaian Pelajar Dalam Penghasilan Catan Cat Air

STAD Model Cooperative Learning Methods to Improve Student Achierment in The Produstion of Watercolour Paintings

Authors

  • Azman Ab. Rahim@Ibrahim
  • Abdul Aziz Zalay @ Zali
  • Mohd. Zahuri Khairani

Keywords:

kaedah Koperatif STAD,, Catan

Abstract

Berdasarkan kajian, ramai pelajar Pendidikan Seni Visual di tingkatan 4 Cerdas masih terlalu lemah dalam menghasilkan karya catan pemandangan cat air walaupun mereka telah mempelajarinya di peringkat sekolah rendah lagi. Berdasarkan beberapa kajian, penyelidik mendapati pelbagai teknik dan kaedah dapat membantu mempertingkatkan kemahiran melakar dan mewarna pelajar. Gabungan pelbagai teknik dan kaedah yang dimaksudkan di sini adalah teknik demonstrasi dan teknik latih tubi serta kaedah koperatif. Kaedah Koperatif merupakan satu kaedah yang dianggap cukup berkesan dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan. Penyelidik mengambil inisiatif ini untuk menganalisis kesan pembelajaran catan cat air melalui kaedah koperatif khusus kepada pelajar di tingkatan empat. Melalui kajian ini kuasi eksperimen digunakan bagi melihat keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam pencapaian pelajar dalam catan. Tahap pencapaian pelajar diukur berdasarkan ujian pra dan ujian pasca. Di sini penyelidik menjalankan penyelidik memilih teknik latih tubi dan demonstrasi melalui Kaedah Koperatif Student Team Achievement Division (STAD) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Ianya adalah bertujuan untuk melihat perbandingan dan keberkesanan antara cara pengajaran biasa dan cara pengajaran yang menggunakan kaedah koperatif. Perbezaan skor markah dapat dilihat melalui ujian pra dan ujian pasca. Pelajar tingkatan 4 yang diuji ini adalah seramai 17 orang. Hasil ujian pra memperlihatkan tiada sebarang perbezaan yang signifikan kerana pelajar berada pada tahap kognitif yang sama. Namun melalui ujian pasca menunjukkan satu perbezaan yang signifikan dan cukup ketara. Oleh itu dapat dirumuskan melalui gabungan teknik demonstrasi dan latih tubi serta kaedah koperatif begitu berkesan dalam mata pelajaran pendidikan seni visual dalam menyelesaikan permasalahan dalam catan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-05-01

How to Cite

Ab. Rahim@Ibrahim, A., Zalay @ Zali, A. A., & Khairani, M. Z. (2019). Kaedah Pembelajaran Koperatif Model STAD Meningkatkan Pencapaian Pelajar Dalam Penghasilan Catan Cat Air: STAD Model Cooperative Learning Methods to Improve Student Achierment in The Produstion of Watercolour Paintings. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 5. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2271

Most read articles by the same author(s)