Apresiasi Karya ‘Folk Art’ Zahir Yusof dalam Persekitaran Sosial Masyarakat Masa Kini

Appreciation of the ‘Folk Art’ by Zahir Yusof Outer Environment Social Community Today

Authors

  • Baharudin Bin Shamsuddin
  • Abdul Aziz Zalay @ Zali

Keywords:

apresiasi,, ‘folk art’,, persekitaran sosial, masyarakat

Abstract

Kertas kerja ini dibuat bertujuan untuk menjelaskan apresiasi sebenar dalam melihat seni folk karya En. Zahir Yusof dari sudut interdisiplin. Penjelasan ini bermula dengan pengenal pastian intraestetik karya iaitu bentuk, imej dan simbol dalam karya tersebut. Ini seterusnya membawa kepada melihat pengaruh karya tersebut terhadap institusi sosial. Pengaruh yang dimaksudkan adalah persekitaran, perilaku, keperluan serta nilai dalam seni ‘folk art’ Zahir Yusof sebagai satu unsur apresiasi ekstraestetik. Satu bentuk ‘folk art’ telah dianalisa berdasarkan konsep tema tertentu iaitu ‘decoupage'. Nilai kepercayaan mewujudkan identiti Zahir Yusof yang tersendiri terhadap gaya dan olahan idea yang dihasilkan. Penjelasan apresiasi ‘folk art’ Zahir Yusof ini memberi makna dalam aspek rupa bentuk, imej dan simbol serta meninggalkan pengaruh positif terhadap institusi sosial masyarakat pada masa kini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-05-01

How to Cite

Bin Shamsuddin, B., & Zalay @ Zali, A. A. (2019). Apresiasi Karya ‘Folk Art’ Zahir Yusof dalam Persekitaran Sosial Masyarakat Masa Kini: Appreciation of the ‘Folk Art’ by Zahir Yusof Outer Environment Social Community Today. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 4. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2255

Most read articles by the same author(s)