Kemahiran Metakognitif Pelajar Kejuruteraan dalam Menyelesaikan Masalah Matematik Kejuruteraan

Metacognitive Skills in Mathematical Engineering Problem Solving among Engineering Students

Authors

  • Alan Ling Ying Leh

Keywords:

metakognitif, memantau, menilai, mengawalatur, (, metacognitive, monitoring, evaluating and regulating skills, )

Abstract

Kajian faktor kemahiran metakognitif yang terdiri daripada kemahiran memantau, kemahiran menilai, dan kemahiran mengawalatur dilakukan kepada 317 orang pelajar yang mengambil kursus B2001 Matematik Kejuruteraan di Politeknik Kuching Sarawak. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik yang mengandungi 24 item berskala Likert 4 mata. Hasil kajian telah mendapati bahawa pelajar mempunyai tahap metakognitif yang memuaskan dengan min keseluruhan 3.17. Min bagi ketiga-tiga kemahiran memantau, menilai, dan mengawalatur masing-masing adalah 3.20, 3.14 dan 3.18. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan dalam tahap kemahiran metakognitif mengikut jantina dan peringkat pengajian. Dapatan menunjukkan kemahiran metakognitif yang paling kurang dipraktikkan adalah (1) Menyemak semula jawapan yang diberi, (2) Menilai masa yang diperuntukkan untuk setiap soalan Matematik, dan (3) Bertanya pada diri sama ada sesuatu maklumat diperlukan. Analisis juga mendapati pelajar lebih kerap menyemak jalan kerja agar jawapan diberi adalah betul. Keputusan kajian telah mendapati kemahiran menilai kerap diamalkan oleh pelajar diikuti dengan kemahiran memantau dan mengawalatur.

-----------------------------------------------------------------------------------

An investigation on metacognitive factors, which include the ability to evaluate, ability to monitor and ability to regulate is carried out on 317 students who are enrolled into B2001 Mathematics for Engineering in Kuching Polytechnic. The instrument used in this research is a set of questionnaire which consists of 24 items in the form of 4-point Likert scale. The result show that students have acquired high metacognitive skills with the overall mean of 3.17. Means for monitoring skills, evaluation skills and regulating skills are 3.20, 3.14 and 3.18 respectively. The findings show that there are no significant differences in metacognitive skills based on gender and level of studies. The findings indicate that the least practiced metacognitive skills are; (1) Checking the answers written, (2) Evaluating the time used to answer each question, and (3) Asking oneself the validity of  the information. The analysis also reveals that students are often checking the guidelines in order to get a correct answer.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

Alan Ling Ying Leh

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kuching, Sarawak, Malaysia

Downloads

Published

2010-12-01

How to Cite

Ying Leh, A. L. (2010). Kemahiran Metakognitif Pelajar Kejuruteraan dalam Menyelesaikan Masalah Matematik Kejuruteraan: Metacognitive Skills in Mathematical Engineering Problem Solving among Engineering Students. Journal of Science and Mathematics Letters, 2(2), 75–84. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSML/article/view/449