Hubungan antara Kemahiran Membuat Keputusan dalam Fizik dengan Kemahiran Membuat Keputusan dalam Kehidupan Seharian dalam Kalangan Pelajar Fizik

Relationship between the Decision-Making Skills in Physics with Decision-Making Skills in Daily Life among Physics Students

Authors

  • Yeoh Sik Mei
  • Razak Abd. Samad Yahya

Keywords:

kemahiran fizik, pemindahan kemahiran, kemahiran kehidupan seharian, skills in physics, transfer of skills, skills in everyday life

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk menentukan hubungan antara kemahiran membuat keputusan dalam fizik dengan kemahiran membuat keputusan dalam kehidupan seharian dalam kalangan pelajar fizik. Kajian ini juga untuk menentukan kesan jantina terhadap kemahiran membuat keputusan. Sampel kajian terdiri daripada 215 orang pelajar tingkatan empat di Pulau Pinang. Instrumen kajian yang digunakan adalah Ujian Kemahiran Membuat Keputusan Fizik (UKMKF) dan Ujian Kemahiran Membuat Keputusan Kehidupan Seharian (UKMKKS). Item dalam UKMKF adalah soalan tahun lepas SPM manakala item dalam UKMKKS adalah soalan daripada dua sumber berwibawa. Ujian-t untuk sampel-sampel bebas dan korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang sangat lemah antara kedua-dua kemahiran membuat keputusan dalam fizik dengan kemahiran membuat keputusan dalam kehidupan seharian (r  = .18, p  < .05). Dapatan kajian juga menunjukkan jantina tidak mempengaruhi kemahiran membuat keputusan fizik. Hubungan lemah antara kemahiran membuat keputusan dalam fizik dengan kemahiran keputusan dalam kehidupan harian menunjukkan tidak berlaku pemindahan kemahiran membuat keputusan dari pembelajaran formal kepada kehidupan seharian pelajar. Gender pula tidak memberi kesan kepada keupayaan pelajar menguasai kemahiran membuat keputusan.

-----------------------------------------------------------------------------------------

This study was conducted to determine the relationship between the decision-making skills in physics with the decision-making skills in daily life among physics students. The sample consisted of 215 form four physics students from Penang. The instruments used were the Decision Making Skills in Physics Test (UKMKF) and the Decision Making Skills in Daily Life Test (UKMKKS). The items for UKMKF were SPM past-years questions, while the items for UKMKKS were questions from two valid sources. The independent sample t-test and the Pearson correlation were used to analyze the data. The results showed a very weak relationship between the decision-making skills in physics and the decision-making skills in daily life (r = .18, p <.05). The results also showed that the decision-making skills in physics amongst students were not influenced by gender. The weak relationship between the decision-making skills in physics and the decision-making skills in daily life suggests that there were no conclusive transfer of decision-making skills in formal classroom to the student’s daily life. Gender has no effect to one’s ability to master decision-making skills.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Yeoh Sik Mei

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Phor Tay, Pulau Pinang, Malaysia

Razak Abd. Samad Yahya

Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak Malaysia

Downloads

Published

2015-12-01

How to Cite

Sik Mei, Y., & Yahya, R. A. S. (2015). Hubungan antara Kemahiran Membuat Keputusan dalam Fizik dengan Kemahiran Membuat Keputusan dalam Kehidupan Seharian dalam Kalangan Pelajar Fizik: Relationship between the Decision-Making Skills in Physics with Decision-Making Skills in Daily Life among Physics Students. Journal of Science and Mathematics Letters, 3, 31–39. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSML/article/view/372