Kefahaman dan Aplikasi Konsep Asid-Bes dalam Kehidupan Harian dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Sains Johor Bahru

Understanding and Application of Acid-Base Concepts in The Daily Lives of Form Four Students in Johor Bahru

Authors

  • Abu Hassan Kassim
  • Tan Cheng Theng

Keywords:

Konsep acid-base (Acid-base concepts)

Abstract

Banyak kajian menunjukkan ramai dalam kalangan pelajar menghadapi masalah untuk memahami, seterusnya mengaplikasikan konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan harian. Sehubungan dengan ini satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap konsep asid-bes dan aplikasinya dalam kehidupan harian. Seramai 280 orang pelajar tingkatan empat aliran sains di tujuh buah sekolah daerah Johor Bahru, telah dilibatkan dalam kajian. Data kajian diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik ‘Aplikasi Konsep Asid-Bes Dalam Kehidupan Harian’. Data-data dianalisis dengan mengira frekuensi skor, peratusan, min dan sisihan piawai serta korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan tahap kefahaman pelajar terhadap kosep asid-bes adalah sederhana; manakala, kemampuan mereka untuk mengaplikasikan konsep tersebut dalam kehidupan harian adalah lemah. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perkaitan yang jelas antara tahap kefahaman pelajar terhadap konsep asid-bes dengan kemampuan mereka mengaplikasikan konsep tersebut dalam kehidupan harian.

____________________________________________________________________
Research findings have showed that a majority of students are unable to understand and apply the concepts learnt in the classroom into daily life. Hence, a study that aims to identify the students’ understanding towards acid-base concepts and its relationship with their daily lives application needs to be carried out. A total of 280 form four science stream students from seven different schools in Johor Bahru district were involved in this study. The data is gathered using a set of questionnaire ‘Application of Acid-Base Concept In Daily Life’. The data was analyzed using frequency score, percentage, mean and standard deviation and Pearson correlation. Results indicated that the level of understanding and application of acid-base concepts in daily life among students is moderate and weak, respectively. However, there is no clear correlation between the understanding of concepts of acid-base with its applications in everyday life among the students.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Abu Hassan Kassim

Department of Chemistry, Faculty of Science and Technology,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Tan Cheng Theng

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara, Jalan Hang Jebat, Skudai, Johor, Malaysia

Downloads

Published

2009-06-17

How to Cite

Kassim, A. H., & Theng, T. C. (2009). Kefahaman dan Aplikasi Konsep Asid-Bes dalam Kehidupan Harian dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Sains Johor Bahru: Understanding and Application of Acid-Base Concepts in The Daily Lives of Form Four Students in Johor Bahru. Journal of Science and Mathematics Letters, 1(1), 22–29. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSML/article/view/322